Baru Nak Pick Up Pieces, Dah Kena Tunda" - Adibah Noor Kecewa Penggambaran Kembali Ditangguhkan Kerana ..
Oktober 6, 2020 11:50 MYT
Pelakon Adibah Noor meluahkan kekecewaan apabila penggambaran terpaksa ditunda ekoran peningkatan kes COVID-19 semasa.
"Saya tahu mesti anda semua tengah risau dan kecewa melihat peningkatan jumlah kes COVID-19 di timeline anda.
"Saya masih boleh tersenyum dan cuba kekal positif. Saya pun masih duduk di rumah saja sebab penggambaran kami sudah kena tunda. Terima kasih banyak!
"Kami baru saja nak pick up the pieces, cari duit sini sikit, sana sikit. Tapi dah kena duduk rumah," katanya menerusi sepotong video di Twitter pada Isnin.
Adibah memuat naik video berkenaan difahamkan sebagai respon kepada peningkatan kes COVID-19 dalam negara.
Video berkenaan mengundang pelbagai reaksi ramai yang turut berkongsi perihal masalah masing-masing disebabkan pandemik ini.