Ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) masih lagi berjalan, mereka yang kekal dengan pemikiran positif melakukan pelbagai cara ketika berada di rumah.

Media sosial pula menjadi tempat mereka berkongsi pengalaman dan apa yang dilakukan di rumah ketika ini.

Pelakon dan pengacara popular, Sherry Alhadad tidak ketinggalan berkongsi momen di Instagram miliknya.

Terkini, dia memuat naik satu video 'bersenam' yang menghiburkan ramai orang. Video tersebut mendapat respon yang cukup tinggi daripada teman-teman selebriti lainnya.

Jom stretching bersama saya.. 8 lagi

A post shared by sherry_alhadad (@sherry_alhadad) on


"Sesuatu la Kak Sherry kita ni," komen Neelofa.

"Baru nak impressed," tulis Diana Danielle

"Aku is tertipu," seloroh Hairul Azreen.

"Aaahhh Sherryyyyy," kata Mira Filzah.

"Aku baru nak puji power sampai kaki," tulis Salina Saibi.

Sememangnya Sherry Alhadad antara penghibur tanah air yang disayangi bukan sahaja oleh peminat, tetapi juga teman-teman artis kerana sifatnya yang amat disenangi.