Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin atau lebih mesra disapa KJ mencuri perhatian ramai apabila tampil dengan imej yang lebih kemas selepas memotong rambut dan mencukur jambangnya.

Menerusi platform TikTok, seorang pengguna berkongsi penampilan terbaharu Khairy yang juga Ahli Parlimen Rembau ketika hadir di Hospital Raja Perempuan Zainab II di Kota Bharu, Kelantan.
@paparazzimalaya Wajah Baru Kj..#kotabharu#kj#fyp ♬ Sayang Sampai Mati - Repvblik

Dalam perkongsian berdurasi kurang 20 saat itu, Khairy yang hadir bagi melawat kawasan hospital kelihatan segak mengenakan kemeja putih dengan gaya rambut terbaharu.

Sementara itu di ruangan komen, ramai wargamaya memberikan pujian terhadap penampilan terbaharu Khairy berbanding imejnya yang terdahulu.

Ada yang turut mengaitkan rambut baharu tersebut dengan Pilihan Raya Umum (PRU) yang akan diadakan tidak lama lagi.

“@jerung8080:Barulah semenggah sikit...takde la serabai je jadi menteri..”

“@Faizol Hakim Mat Jani:Baru hensem YB KJ.”

“@asmaabdrazak:Terbaik KJ.. nampak hensem dan kemas.”

“@Kumar1212:Baru la nampak menteri. Dulu macam orang jual durian.”

“@suzanna2583:Biar smart sikit kn menteri.. Lagipun masih muda.”

Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima hampir 350,000 tontonan oleh warga TikTok.