Baru Pakai Dah Rosak, Jawapan Touch ‘N Go Ini Bikin Netizen Bengang - “Lah Senang Je Buat Duit”

Izwan Isa
Mei 30, 2022 07:50 MYT
Baru-baru ini, Touch ‘N Go telah melancarkan kad baharu yang membolehkan para pengguna menambah nilai dengan hanya menggunakan aplikasi e-wallet Touch ‘N Go eWallet.

Namun, hanya dua bulan selepas dilancarkan, seorang pengguna mula mengalami masalah ingin menambah nilai akibat kerosakan pada kad berkenaan.
Menerusi ciapan di Twitter, pengguna berkenaan yang kini berada di Johor melahirkan rasa kecewa kerana dia diminta untuk menukar kad berkenaan di sebuah pusat di Kuala Lumpur.
“Beli bulan Mac. Bulan Mei dah rosak tak boleh guna dekat tol, tak boleh detect kat NFC, tak boleh detect dekat stesen minyak.
“Contact customer care, dia suruh replace dekat Touch ‘N Go Hub yang hanya ada dekat Kuala Lumpur sahaja… aku dekat Johor Bahru ni,” tulisnya.

Lahhh senang je buat duit ya pic.twitter.com/hY80usEz7o

— Lim Suii (@aimshah0509) May 28, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Lebih mengecewakan, pegawai khidmat pelanggan yang mengendalikan aduan pengguna berkenaan memintanya untuk membeli kad baharu.
“Lah, senang je buat duit ya,” tulisnya lagi.
Meninjau di ruangan balasan, rata-rata memberikan respons yang serupa terhadap kad baharu yang diperkenalkan Touch ‘N Go.
“Kau punya servis nak merangkumi satu Malaysia, tapi kau punya office, kedekut bukak satu je kat Nu Sentral. And customer service tu pun bod*h angkuh.”
“Betul, saya antara paling awal dapat card TnG NFC ni, cuba teka. Error masa nak topup! Apa jenis quality card u gais hasilkan?”
“Baru plan nak beli. Tapi asyik out of stock je. Bila jadi mcm ni risau pulak.”

#Touch N Go