Baru Post Teaser, Peminat Dah Tak Sabar Tonton Polis Evo 3 - “Confirm Pecah Panggung!”

Shahrin Zulkifle
Mac 17, 2023 08:50 MYT

Biarpun baharu sahaja teaser yang dikongsikan, rata-rata peminat sudah tidak sabar menantikan filem aksi komedi terhebat tahun ini yang dijangka bakal memecah panggung Mei depan iaitu Polis Evo 3.

Filem aksi komedi arahan Syafiq Yusof itu terus mengekalkan pemeran utama iaitu Zizan Razak yang membawakan watak Inspektor Sani dan Shaheizy Sam yang membawa watak Inspektor Khai.

Menerusi perkongsian video teaser pendek yang dimuat naik di Instagram milik Zizan, rata-rata peminat meluahkan rasa teruja mereka selain ada yang tidak sabar untuk hadir ke pawagam kelak.

“Steady, confirm pecah panggung!,” komen seorang netizen.

“Mesti kena tengok ni boh,” ujar seorang wearganet.

“Tak sabar, teaser pun dah berapi,” kongsi seoarang waragamaya.

Sementara itu, sehingga artikel ini ditulis, video teaser tersebut telah menerima lebih satu jutan tontonan! Tahniah.

Selain jalan cerita yang lebih menarik dan penuh mendebarkan, runut bunyi (OST) filem ini turut dijangka menjadi siulan peminat.

OST Polis Evo 3 bakal dinyanyikan oleh beberapa gabungan suara penyanyi hebat tanah air yang cukup terkenal, malah salah seorang daripada mereka merupakan pemenang vokal terbaik beberapa kali di AJL! Siapkah mereka? Nantikan.

Nantikan filem Polis Evo 3 di pawagam seluruh Malaysia pada Mei depan. Inspektor Khai dan Inspektor Sani kembali dengan misi yang lebih besar dan mencabar! #JagaJagaBoh.

#Filem #Zizan Razak #Polis Evo #Shaheizy Sam #Astro Shaw #Syafiq Yusof #Pawagam #Polis Evo 3