"Baru Sebelah Kanan, Lepas Ni Kiri Pula" - Pak Yong Rosnan Rahman Jalani Pembedahan Mata

Amri Hassan
Julai 3, 2018 01:55 MYT
Pak Yong terkenal, Rosnan Rahman telah selamat menjalani pembedahan katarak mata sebelah kanan semalam.
Menerusi Instagramnya, selebriti yang popular di pentas persembahan kebudayaan itu berkongsi keadaan terkini selepas pembedahan tersebut.
"Alhamdulillah selesai pembedahan mata sebelah kanan, baru sebelah mata selepas ini pembedahan sebelah kiri pada hari Rabu pula," tulis Rosnan.
Rosnan turut menerangkan lebih lanjut prosedur pembedahan tersebut.
"Ramai tanya apa nama pembedahan mata itu? Pembedahan Phacoemulsification.
"Ianya ialah pembedahan katarak luka kecil (lebih kurang 3mm).
"Isi kanta disedut keluar melalui bukaan 3mm dengan bantuan tenaga ultrasound. Implan kanta kekal dimasukkan ke dalam bag kanta dalam mata," tambahnya.
Peminat yang prihatin dengan kesihatan Rosnan turut mendoakan dan memberikan tips penjagaan diri selepas pembedahan.
Rosnan popular dalam pelbagai siri persembahan pentas kebudayaan terutama kesenian Mak Yong malah pernah terbabit dalam Konsert Lentera Timur Datuk Seri Siti Nurhaliza beberapa tahun lalu.
Teks oleh: Amri Hassan
Foto: @rosnanrahman
#Sakit #Sakit #Bedah #Katarak #Pak Yong #Rosnan Rahman