Penyanyi dan penyampai radio, Dina Nadzir berkongsi kejayaan apabila telah menurunkan berat badan sebanyak enam kilogram.

Menurut Dina, jumlah berkenaan diperoleh hanya dalam tempoh sebulan sahaja.

"Ia sebagai salah satu usaha saya untuk menjadikan diri saya lebih sihat. Malah misi tahun 2020 adalah untuk saya 'respect' badan saya.

"Tapi apapun saya yakin kita boleh jadi cantik dalam apa sahaja saiz badan. Cuma sebagai seorang selebriti, masyarakat di luar sana akan lebih percaya dekat kita sekiranya selebiriti itu pandai jaga dengan baik," katanya.

Tambah Dina, dia juga telah dilantik sebagai duta program rawatan pelangsingan SSSlim sejak November lalu.

“Untuk program pelangsingan ini, saya dah turun sebanyak enam kilogram, dari 112 kepada 106 kg.

"Sasaran saya nak turun sampai 80 kilogram. Nampak macam mudah kan, tapi susah sebab saya ni jenis suka suka makan jajan dan coklat. Saya kena betul-betul fokus dan kuat semangat.

"Nasib baik dengan panduan daripada doktor bertauliah di SSKlinic," katanya.

Untuk makluman, SSKlinic menawarkan pelbagai jenis rawatan estetika serta program pelansingan badan bagi mereka yang mencari solusi untuk meningkatkan kesihatan dan penampilan secara keseluruhan.