Laman Utama

“Baru Sedar Boleh Buat Saya Anxiety” - Stacy Terpaksa Berpantang Makanan Pedas

gempak
Mya Amri
19/02/2023
02:42 MYT
Sponsor Banner
“Baru Sedar Boleh Buat Saya Anxiety” - Stacy Terpaksa Berpantang Makanan Pedas
Penyanyi, Stacy mendedahkan baru menyedari makanan pedas sebenarnya boleh menyebabkan dirinya diserang rasa gelisah (anxiety).
Disebabkan itu, Stacy mengakui terpaksa berpantang mengambil makanan pedas menjelang konsert yang bakal berlangsung beberapa hari sahaja lagi.
“Menjelang hari konsert, saya mengelak daripada makan makanan pedas. Saya baru sedar sebenarnya makan makanan pedas itu boleh membuatkan saya ‘anxiety’.
“Dari dulu saya suka makan cili, rupanya cili itu boleh 'trigger' saya. Malah penata gaya saya, melarang saya makan cili menjelang konsert.
“Patutlah tangan bergetar tiba-tiba. Kalau nak cakap berdebar, ini bukan berdebar. Tengah bersenam, lepas bersenam pun masih rasa,” ujarnya.
Stacy berkata demikian ketika ditemui di majlis pelancaran single baharu berjudul Teriak bertempat di Deep Blue, The Face Suites, Kuala Lumpur pada Jumaat.
Selain keresahan, penyanyi asal Penampang, Sabah itu turut mempunyai masalah pedih ulu hati (gerd) yang diwarisi daripada bapanya.
Berbicara lanjut mengenai anxiety, Stacy menjelaskan dirinya akan menggigil selain jantung berdegup dengan laju sehingga menyebabkan dia hilang fokus.
Namun dengan bantuan orang sekeliling, Stacy mampu menanganinya dengan sendiri tanpa perlu mendapatkan rawatan daripada pakar.
“Setiap kali berkongsi dengan Akim (suami), dia akan meminta saya untuk bertenang dan jangan terlalu memikirkan perasaan tersebut.
“Ahli keluarga juga akan menegah saya untuk duduk bersendirian, sebaliknya menyibukkan diri dengan melakukan aktiviti lain,” katanya.
Dalam perkongsian lain, Stacy juga sebenarnya mula mengalami serangan anxiety sejak dibangku sekolah menengah lagi.
“Ketika itu saya tidak tahu masalah yang dialami ini disebabkan oleh serangan anxiety. Sebaliknya saya ingatkan saya ada ‘superpower’.
“Sekarang barulah saya tahu selepas ada kesedaran tentang perkara itu,” jelasnya.
Stacy juga memaklumkan setiap kali serangan paniknya datang, dia akan mengalami muntah-muntah, selain tangannya menggeletar tanpa sebab
Terdahulu, Stacy anak melangsunhkan konsert sulungnya di Dewan Filharmonik Petronas, Kuala Lumpur pada 25 Februari ini.
Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live