Baru Sehari Tayang, Ada Apa Dengan Dosa Terus Merajai Tangga #1 Carta Filem Top 5 Astro First!

Amri Hassan
Jun 5, 2020 08:03 MYT
Bukan biasa-biasa ni, filem bergenre Islamik, Ada Apa Dengan Dosa berjaya menduduki tangga pertama dalam carta filem 5 terbaik Astro First.
Ada Apa Dengan Dosa berjaya menewaskan filem Syif Malam Raya dan Manap Karaoke yang sebelum ini memegang carta itu.
Malah, filem Jodoh Syaitan dan Kamen Rider Zi-O: Over Quartzer turut tumpas di tangan Ada Apa Dengan Dosa.
Ada Apa Dengan Dosa mengisahkan kehidupan seorang gadis yang dibesarkan dalam keluarga freethinker bernama Aurora (Wanna Ali) yang mendapat tahu identiti sebenarnya dari keluarga beragama Islam.
Lebih mengejutkan apabila Aurora adalah seorang anak luar nikah hasil daripada keterlanjuran perbuatan seorang pendakwah dan ibu kandungnya.
Kesannya, Aurora hampir membunuh diri namun kehidupannya berubah selepas bertemu dengan Khalik (PU Riz).
Filem terbitan Pencil Pictures & Records itu dibintangi Ashraf Muslim, Wanna Ali, Fasha Sandha, PU Riz, Adam Corrie dan Fauziah Nawi.
Ada Apa Dengan Dosa telah mula ditayangkan di saluran Astro First (480) sejak 4 Jun.
Dengan hanya RM15, penonton boleh menonton Ada Apa Dengan Dosa selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang.
Untuk mendapatkan info terkini mengenai filem Ada Apa Dengan Dosa, sila layari Instagram, Facebook dan Twitter Astro Shaw.
#Ada Apa Dengan Dosa #1 #Carta Top 5 Filem