Baru Sertai Latihan Ketenteraan, G-Dragon Patah Tangan?

Rozaimi Zubaidi
Mac 23, 2018 07:44 MYT
Gambar terbaharu anggota kumpulan BIGBANG, G-Dragon yang sedang menjalani latihan khidmat ketenteraan menimbulkan kerisauan pada peminat mengenai tahap kesihatannya.
Menerusi gambar yang tular di media sosial, G-Dragon yang lengkap berpakaian tentera dan memakai anduh pada tangan kirinya mula membuatkan peminat tertanya-tanya apa yang terjadi padanya.
"Apa sebenarnya yang sudah terjadi pada Oppa!, jangan jatuh sakit ketika berada di sana.
"Kenapa dengan tangan G-Dragon? Adakah tangannya patah?
"Baru sahaja menjalani latihan ketenteraan bagaimana boleh cedera hingga begitu sekali," tulis peminat.
Ternyata gambar yang tular itu membuatkan peminat mula risau tentang keadaan kesihatan G-Dragon sekarang.
Namun sehingga kini pihak pengurusan YG Entertainment (YGE) belum mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai perkara itu.
G-Dragon dijadualkan tamat menjalani latihan ketenteraannya pada 26 November 2019.
Sumber: Koreaboo
#Bigbang #G-Dragon