Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

“Baru Syahadah Dah Dipaksa Menutup Aurat Sempurna”- Adam Corrie

Syafiqah Jalal
15/07/2020 07:05 MYT
Pelakon Adam Corrie akui sering terdengar tentang masalah akidah dari saudara baru Islam serta yang sudah sedia menganut agama yang sama.

Menurut Adam rata-rata mengadu tertekan apabila mereka terlalu didesak untuk menjadi muslim terbaik dalam masa yang singkat.

“Saya banyak dengar masalah saudara baru yang akidahnya terumbang ambing. Dan tak kurang juga yang lahir Islam.

“Ada dikalangan mereka mengadu sedih kerana mereka selalu didesak menjadi muslim yang terbaik dalam masa yang singkat. Baru syahadah sudah di desak dan paksa menutup aurat sempurna dan silap sikit dikecam.

“Ada yang hampir putus asa,” katanya.

Adam berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram tersebut.

Jelas Adam lagi, dia selalu nasihatkan saudara baru Islam itu, mencari kekuatan dengan nait yang betul dan apa yang dilakukan hanya kerana Allah.

“Saya selalu nasihatkan, apabila sudah diberikan hidayah Islam oleh Allah SWT , kita perlu bersedia menerima sebarang kemungkinan. Islam adalah hadiah yang tak ternilai harganya. Allah SWT sayang kita.

“Kita perlu ingat , kita syahadah kerana Allah SWT bukan kerana penganutNya. Islam itu indah.. HambaNya pula banyak kekurangan.

“Apabila kita banyak menerima kecaman, desakan dan sebagainya. Kita perlu cari kekuatan. Kekuatan itu dengan kita betulkan dan perbaharui niat kita hanya keranaNya. Bukan kerana makhluk. Makhluk tak sempurna. Sekejap dia baik, sekejap dia sebaliknya.

“Sentiasa berada dalam kumpulan atau cari sahabat yang baik untuk terus kekal dalam suasana kebaikan.

“Terus belajar tentang Islam dengan penuh adab tanpa jemu. Kerana ilmu dan adab adalah cahaya dan memberkati hidup kita.

“Tak perlu terburu-buru atau gopoh dalam belajar. Biar sikit tapi istiqamah. Sedikit-sedikit ada perubahan dalam hidup kita.

“Dan sentiasalah berdoa agar kita semua sentiasa ditetapkan iman dan menjadi hambaNya yang taat padaNya. Kita doakan kebaikan untuk semua orang. Malaikat mengaminkan doa kita.

“Agama Itu nasihat, yang lahir Islam pula, tiba-tiba akidahnya goyah pula. Fikir-fikirkan nikmat Allah mana yang kita dustakan. Janganlah kita kufur nikmat dan hakikat dengan mengingkari Allah sebagai pemberi rezeki dan nikmat,” katanya lagi.

Adam memeluk Islam pada Julai 2007. Dia mendirikan rumah tangga dengan wanita berasal dari Teluk Wanjah, Kedah, Fazima Fuad, 30, pada 21 November 2008 dan mereka dikurniakan seorang anak lelaki.

Saya banyak dengar masalah saudara baru yang akidahnya terumbang ambing. Dan tak kurang juga yang lahir Islam. Ada dikalangan mereka mengadu sedih kerana mereka selalu didesak menjadi muslim yang terbaik dalam masa yang singkat. . Baru syahadah sudah di desak dan paksa menutup aurat sempurna dan silap sikit dikecam. . Ada yang hampir putus asa. Saya selalu nasihatkan .. . Apabila sudah diberikan hidayah Islam oleh Allah SWT , kita perlu bersedia menerima sebarang kemungkinan. islam adalah hadiah yang tak ternilai harganya. Allah SWT sayang kita. . Kita perlu ingat , kita syahadah kerana Allah SWT bukan kerana penganutNya. Islam itu indah.. HambaNya pula banyak kekurangan. . Apabila kita banyak menerima kecaman, desakan dan sebagainya.. . Kita perlu cari kekuatan. Kekuatan itu dengan kita betulkan & perbaharui niat kita hanya keranaNya. Bukan kerana makhluk. Makhluk tak sempurna. Sekejap dia baik, sekejap dia sebaliknya. . Sentiasa berada dalam kumpulan atau cari sahabat yang baik untuk terus kekal dalam suasana kebaikan. . Terus belajar tentang Islam dengan penuh adab tanpa jemu. Kerana ilmu & adab adalah cahaya dan memberkati hidup kita. . Tak perlu terburu-buru atau gopoh dalam belajar. Biar sikit tapi istiqamah. Sedikit-sedikit ada perubahan dalam hidup kita. . Dan sentiasalah berdoa agar kita semua sentiasa ditetapkan iman dan menjadi hambaNya yang taat padaNya. . Kita doakan kebaikan untuk semua orang. Malaikat mengaminkan doa kita. . Agama Itu Nasihat Menasihati dengan penuh adab tanpa mengaibkan sesiapa. ? Yang lahir Islam pula, tiba-tiba akidahnya goyah pula .. fikir-fikirkan Nikmat Allah mana yang kita dustakan. Janganlah kita kufur nikmat & hakikat dengan mengingkari Allah sebagai pemberi rezeki dan nikmat P/s: fateh penat berjalan... abah kena dukung . Abah pon penat .. dah tua. #adamcorrie #CinaMuslim #bukanUstaz #nasihatUntukDiriSendiri

A post shared by Adam Corrie (@adamcorrielee) on

#Islam #Aurat #Adam Corrie #Mualaf