“Baru Tahu Ke Saya Masuk Olimpik?” - Macam Kembar, Datuk Vida Parodi Jadi Atlet Memang Lawak Habis

Mya Amri
Ogos 5, 2021 12:47 MYT
Usahawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Vida tidak pernah mengecewakan dengan aksi lucunya.
Kali ini Vida muncul dengan membuat parodi versi atlet sukan wanita yang bertanrung di Olimpik Tokyo 2020.
Menariknya, atlet yang bernama Cindy Billaud itu menjadi viral di Malaysia gara-gara wajahnya yang dikata hampir menyerupai Vida.
Paling lucu apabila Vida begitu sporting memberikan respon lucu dengan memuat naik video pendek yang merakamkan dirinya seolah-olah sedang menjalani latihan Olimpik.
“Warga netizen baru tahu ke saya masuk Olimpik. Haha lucu ramai tag mention kata sama.
“Macam ni lah saya kalau kurus dan sado kan. Yang penting bibir tu. Netizen ni memang pantas dan lawak,” coretnya.

Video itu menunjukkan gelagat Vida sedang menumbuk, berlari dan berlatih mengguna mesin mengangkat beban.
Melihat respon Vida, netizen juga tidak ketinggalan memberikan komen mengusik ibu kepada Cik B itu.

Untuk info, Vida juga merupakan antara usahawan yang tidak jemu dan sering membalas komen serta gurauan peminat di akaun Instagramnya.

#Datuk Seri Vida #Sukan #Parodi #Olimpik Tokyo 2020 #Atlet #Datuk Vida #Olimpik Tokyo #Olimpik 2020 #Sukan Olimpik 2020 #Atlet Sukan #Macam Kembar #Muka Seiras