“Baru Tahu Nikmat Kebebasan, Never Take For Granted” – Alif Satar Kongsi Pengalaman Ke Penjara

Mya Amri
Julai 11, 2019 11:28 MYT
Penyanyi dan pelakon Alif Satar berkongsi pengalaman ketika diberi peluang untuk melawat banduan di dalam penjara.
Menurut Alif, momen-momen yang berlaku di dalam penjara itu benar-benar menyentuh jiwanya.
“Pengalaman yang saya tidak akan lupakan… Orang biasa tak pernah terfikir menegnai penjara dan bila masuk ke dalam barulah kita dapat merasai segalanya.
“Barulah kita akan tahu nikmat kebebasan… Never take for granted. Jadi perkara itu benar-benar menyentuh jiwa saya.
“Saya juga dapat berkongsi pengalaman dengan pengikut saya di Instagram dan juga Youtube. Mungkin mereka yang menonton boleh merasai perasaan yang sama seperti saya,” katanya.
Untuk berita hiburan yang padat dengan informasi, jangan lupa saksikan HLive! yang bersiaran pada setiap Isnin hingga Sabtu pada jam 8.30 malam di Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).
#Penyanyi #Alif Satar #Penyanyi