Cukup dengan hanya teaser 17 saat dengan bunyi latar hujan, ironi dengan judul lagu usahawan sensasi, Iqbal Zulkefli, ia sekaligus mencuit perhatian netizen.

Berkongsi teaser lagu berjudul Hujan ciptaan anggota kumpulan Floor88 dan bintang GV7, Oja, ramai yang semakin teruja menantikan lagu penuh yang akan dilancarkan pada Isnin (1 November 2021) nanti.

BACA: “Tajuk Single Saya Hujan Sebab Saya Pernah Kebasahan Di Tengah Hujan, Dihalau Ketika Hujan Sedang Lebat…” – Iqbal

"Eric buli saya dengan scene bermacam, penggambaran 24 jam tanpa henti, tetapi dalam video muzik official keluar 5-10 saat saja setiap scene.

"Scene hujan ini dirakam jam 1 pagi sama seperti kejadian sebenar," cerita Iqbal pada hantaran video tersebut.



Lagu yang difahamkan bernilai RM500,000 itu sebelum ini meraih perhatian ramai komposer termasuk dari Indonesia dan penyanyi rap Caprice.

Menerusi hantaran di Instagram Stories lewat malam Sabtu, Iqbal meminta pengikutnya mengundi untuk menggunakan nama komersial Iqbal atau Iqbal Zulkefli.

Sementara itu, berikut antara reaksi terawal netizen berkenaan single pertama Iqbal yang akan dilancarkan esok.

"Okey tak sabar nak dengar, mesti sedap suara ni. Iim waiting," kata @hasniza_yusoff.

"Aku yakin lagu ni akan viral," tambah @wan_jimmy96.

"Ada iras-iras Imran Ajmain. Semoga sukses abang," tulis @afiff.amran.

"Biar apa orang nak kata janji awak tahu apa yang awak buat dik, semoga berjaya dalam hidup," tambah @azainipazmiahahmad.

"Tahniah, teruskan perjuangan yang penting sabar," dorong @kimangelyea.

"Bakal melangkah ke AJL," puji @norazira065.

***Untuk kemaskini berita terkini, cepat & mudah, langgan saluran Telegram Gempak!
Dah mengundi artis kegemaran korang di AME 2021? Klik banner di bawah untuk mengundi!