Baru Tunjuk Tangan, Berebut Peminat Teka Siapa Bintang GegarVaganza 4!

Fiza Kamarudin
Oktober 9, 2017 12:05 MYT

Wow! Nampaknya ramai yang berteka-teki tentang barisan bintang GegarVaganza (GV) 4 selepas Instagram rasmi GV, @gegarvaganzaofficial bagi ‘hint’ sejak minggu lalu.

Walaupun hanya meletakkan bahagian tangan 12 bintang GV4 yang menyanyikan lagu-lagu dipilih secara rawak, pengikut IG @gegarvaganzaofficial tidak putus asa meneka.
Banyak nama-nama artis popular yang pernah menggegarkan industri nyanyian suatu ketika dahulu menjadi sebutan peminat di ruangan komen.
Antaranya Salamiah Hassan, Roy, Bandi Amuk, Zamani, Radhi OAG, Ani Mayuni, Maya Matahari, Anis Suraya, Lan Kristal, Liza Hanim, Deja Moss, Syura, Mas Idayu, Hazami dan ramai lagi.
Untuk anda semua, kami sediakan video tangan-tangan ajaib bintang GV4 untuk diteka!
Oh ya! Sebelum itu suka kami ingatkan perkembangan terkini tentang GV4 hanya menerusi laman sosial rasmi Instagram @gegarvaganzaofficial atau Facebook Astro Gempak atau di laman web www.gegarvaganza.com.my.
Jangan lupa untuk saksikan barisan bintang GV4 yang akan diumumkan secara rasmi di Facebook Live Astro Gempak pada jam 3.30 petang, dibawakan khas dari majlis sidang media, esok.
Tunggu!!! Ok sambil-sambil tu, jom teka tangan siapa ni:

Bintang 1: Fikirkan Boleh

Bintang 2: Sabar
Bintang 3: Ayam
Bintang 4: Tragedi Oktober

Bintang 5: Kau Kunci Cintaku Di Dalam Hatimu

Bintang 6: Perhaps
Bintang 7: Milik Siapakah Gadis Ini
Bintang 8: Baby Shark Doo-Doo-Doo-Doo
mmmBintang 9: Rindu Serindu-rindunya
Bintang 10: Penasaran
Bintang 11: Hero
Bintang 12: Hari Ini dan Semalam
#GegarVaganza #GV4 #Bintang Kembali Menyengat