Laman Utama
Baru Umur 18 Tahun, Anak Gadis Pasangan Artis Popular Didakwa Jadi Penyondol! Kantoi Check-In Hotel?
Seorang ibu kepada dua anak yang menggunakan nama Misya tampil mendedahkan kisah kecurangan rumah tangganya didakwa membabitkan anak perempuan kepada pasangan selebriti popular tanah air.
Kongsi Misya menerusi ciapan di X malam tadi, wanita berusia 18 tahun yang juga seorang pempengaruh itu menjadi penyebab keruntuhan rumah tangganya bersama suami.
Malah, Misya turut menampilkan bukti resti mendakwa gadis terbabit pernah 'check-in' bersama bekas suaminya.
Advertisement
"7 tahun perkenalan, 3 tahun kahwin, dikurniakan anak dua orang yang masih kecil, seorang umur dua tahun seorang lagi 1 tahun. Datangnya orang ketika hancur semuanya.
"Bukan sekali peluang ya, ini peluang ketiga Allah tunjuk sekejap, sekejap betullah betul. Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua.
"Betul instinct isteri sangat tepat, bukan sekadar overthinking atau bersangka buruk. Allah tunjuk satu-satu bukti terbongkar ya. Alhamdulillah Ya Allah. Allah Maha Baik.
"Mxxxxxx Dxxxx yang dipuji indah paras rupa, cantik, sopan santun. Keluarga yang harmoni tapi sebaliknya? Kalulah asbab keruntuhan rumah tangga, kau juga asbab hilangnya kasih sayang yang anak perlukan dari ayahnya.
"Peluang sekali? Dua kali? Tiga kali? Buat benda terkutuk ya. Siapa sangka? Allah Maha Mengetahui. Satu-satu bukti Allah tunjuk. Masa ni aku log in email 'lelaki yang dahulunya suami' masuk email booking, hebat instinct isteri kan?" tulisnya.
Tambah Misya, dia akhirnya perlu bersuara dan menularkan kisah terbabit di media sosial kerana telah dicabar oleh bekas suami serta gadis itu.
"Once a cheater is always a cheater. Perempuan tolong bangun. Jangan lemah. Aku belajar dari kesilapan orang yang tak menghargai. Untuk penyondol, memang takkan rasa bersalah.
"Bukan nak cakap apa, tapi dua-dua ni si lelaki dengan perempuan ini memang minta ya diviralkan. Mereka cabar eh 'kau viralkanlah' and this," tambahnya.
Perkongsian itu mengejutkan warganet dan tidak menyangka perbuatan gadis yang baru berusia 18 tahun itu.
Bagaimanapun, dakwa Misya lagi, akaun Instagram milik gadis terbabit telah dinyahaktifkan.
Must-Watch Video