Baru Umur 2 Tahun Aafiyah Dah Petah Bercakap, Ini Tips Dari Siti Nurhaliza

Amri Hassan
Mac 9, 2020 08:12 MYT
Anak tunggal kepada penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza, Siti Aafiyah hampir memasuki usia dua tahun.
Keletahnya menerusi video dan foto yang dimuat naik Siti di Instagram sering mencuri perhatian netizen.
Malah, ada yang memuji kepandaian Aafiyah yang mampu melakukan pelbagai aksi mencuit hati serta petah bercakap.
Sehubungan itu, ada dalam kalangan peminat Siti yang bertanyakan rahsianya mendidik Aafiyah berbanding kanak-kanak seusianya yang berdepan masalah perkembangan.
"Jangan bandingkan anak kita dengan anak orang lain sebab setiap anak-anak perkembangan mereka berbeza-beza. Jadi kita bersyukur je.
"Yang penting anak-anak ni perkara utama adalah berkomunikasi, jangan biarkan anak bermain dengan gajet saja dan selalulah bercakap dengan mereka," jelas Siti menerusi sesi live chat Instagram bersama peminatnya baru-baru ini.

Masa Tokti tengah buat live IG, ada orang tanya kenapa anak dia umur dah 2 tahun lebih tapi still xpandai cakap. Instead of bagi tips mengarut, simple je jawapan tokti. Jangan banding bezakan anak kita dengan anak orang lain. Semua ada pace masing2 pic.twitter.com/CicouDOg4G

— ALAN AL PADAT (@IniAlannn) March 9, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Siti yang turut mengenakan sehelai tudung bawal mencuri perhatian netizen apabila kelihatan lebih muda daripada usianya.
Video rakaman skrin sesi live chat Instagram itu tular di Twitter dan sudah ditonton lebih 15,000 kali.
Siti yang mendirikan rumah tangga bersama Datuk Khalid Jiwa dikurniakan seorang cahaya mata, Aafiyah yang bakal berusia 2 tahun pada 19 Mac ini.
Saksikan semula rancangan Big Stage yang dijurikan oleh Siti pada telefon pintar anda melalui aplikasi Astro GO. Muat turun aplikasi Astro GO di Google Play dan Apple Store sekarang!
#Viral #Viral #Datuk Seri siti Nurhaliza #Siti Aafiyah