Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Baru Umur 3 Tahun, Rihana Petra Dah Masukkan Ismail Leon Ke Sekolah Tadika - “Dia Masih Menyesuaikan Diri”

Azwa Rahman
23/09/2022 11:26 MYT
Ratu cantik Moscow yang juga merupakan bekas isteri Sultan Muhammad V, Rihana Petra berkongsi kisah hidup anaknya, Ismail Leon yang kini sudah melangkah ke sekolah tadika.

Menerusi laman sosial Instagram, Rihana atau nama asalnya Oxana Andreevna Voevodina, 30, memuat naik foto karenah anak tunggalnya itu ketika berada di tadika.

Menurut Rihana, walaupun Leon baru berusia tiga tahun, Leon sudah pandai belajar menulis namanya sendiri sejak dimasukkan ke pra-sekolah

“Mari bersama-sama menyelami dunia kanak-kanak. Ada apa? Ada ibu, mainan kegemaran, taska yang selesa, rutin harian, kemudian tadika bermula dan segala-galanya berubah.

“Terdapat tempat yang tidak dikenali, makcik yang pelik, mainan yang pelik, makanan yang berbeza dan yang paling penting, tiada ibu di sekeliling. Sudah tentu, ini memberi tekanan kepada si kecil. Dan mereka mengambil masa untuk menyesuaikan diri,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Tambahnya lagi, Leon masih menyesuaikan diri walaupun akan menangis ketika berada di pintu masuk sekolah tadika.

A post shared by Voevodina Oksana (@rihanapetra)


“Leon masih menyesuaikan diri dengan tadika. Dulu dia pergi tadika separuh hari, sekarang dia pergi sepanjang hari. Dia terpaksa melepaskan tidur petangnya, jadi rutin hariannya sebelum ini sudah terganggu. Dan sekarang pagi kami bermula dengan kata-kata yang dia tidak mahu pergi ke tadika.

“Ya, dan dia juga menangis di muka pintu seperti kebanyakan kanak-kanak lain, saya rasa. Tetapi sebaik sahaja pintu ditutup di belakang saya, semuanya baik-baik saja dan pada waktu petang Leo tidak mahu meninggalkan tadika pula. Lagipun, tadika itu sangat menarik, dia mendapat banyak aktiviti dan banyak kawan,” ujarnya.

Sementara itu di ruangan komen, rata-rata wargamaya dari Malaysia memuji wajah comel Leon yang berdarah campuran Rusia dan Malaysia.

Tidak kurang ada yang berkongsi tips cara menarik minat anak untuk mereka pergi ke sekolah tadika.

“Dari pengalaman saya, anak-anak akan mengambil masa untuk okay dan gembira dengan keadaan sekeliling. Mak pula yang akan menangis,” tulis seorang wargamaya.

“Gembiranya melihat Putera Leon,” ujar seorang wargamaya.

“Awak lakukan tugas yang baik dengan membesarkan anak. Ia bukan tugas yang mudah, jaga diri,” komen seorang wargamaya lagi.

Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima hampir 2,000 tanda suka daripada pengikutnya.

Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini.

Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!
#Sultan Muhammad V #Ismail Leon #Rihana Petra
;