Pasangan Hairul Azreen dan Hanis Zalikha berkongsi wajah anak perempuan mereka, Alisa Aisyah yang kini sudah berusia satu bulan.

Menerusi laman Instagram rasmi @thealisaaisyah yang diuruskan oleh pasangan itu, gambar terkini Alisa dikongsi beserta kapsyen “Our 1 month old Alisa Aisyah”.

A post shared by Alisa Aisyah (@thealisaaisyah) on


Adik kepada Yusuf Iskandar yang lahir pada 23 Mei yang lalu saling tak tumpah seperti wajah Yusuf semasa bayi.

Rata-rata peminat memuji kecomelan wajah Alisa dan tembamnya pipi Alisa yang disamakan seperti pau.

Tidak kurang juga yang mengucapkan selamat dan mendoakan agar Alisa dan Yusuf menjadi anak yang baik.

Bakal popular seperti abangnya, Alisa Aisyah kini sudah memiliki hampir 400,000 pengikut di akaun Instagramnya.

A post shared by Alisa Aisyah (@thealisaaisyah) on


Selain berkongsi gambar terkini Alisa, Hairul dan Hanis turut berkongsi video momen-momen Alisa bersama abang dan kucingnya, Bujibu Chempel.