Barulah Seronok Ambil Selfie! Vivo Perkenal Model Baru V20 SE Dengan Fungsi Mengagumkan!

Hanafis Haris
September 25, 2020 05:35 MYT
Dengan lambakan telefon pintar di pasaran, pastinya pengguna tidak lagi sanggup untuk melihat model dengan reka bentuk membosankan betul?
Jika boleh, biarlah fungsi hebat itu disertakan dengan rekaan serba modern, berfesyen dan sesuai dengan gaya video golongan muda.
Berita baik buat anda, Vivo baru-baru ini telah melancarkan model telefon pintar yang lengkap dengan aspek dan ciri tersebut.
Penuh dengan fungsi terkini dan pada masa sama tidak melupakan nilai estetika.
Ini antara perkara yang anda perlu tahu mengenai vivo V20 SE!

#1 Kamera Swafoto Paling Sempurna!

Jangan tak percaya kerana vivo V20 SE dilengkapi lensa hadapan sebesar 32 Megapixel (mp).
Kelebihannya bukan saja terletak pada kualiti gambar serta video dihasilkan, malah ia turut menawarkan beberapa fungsi yang seronok dan fun buat penggemar swafoto atau selfie.
Antaranya termasuklah fungsi penambahan ’sticker’ dan efek istimewa serta penggambaran waktu malam atau Super Night Mode.
Fungsi ini pastinya membuatkan gambar swafoto anda lebih menarik.
Malah, kamera utamanya dilengkapi dengan tiga kamera iaitu 48MP, 8MP, 2MP yang membolehkan anda mengambil gambar berkualiti, terperinci dengan warna penuh dinamik biarpun dalam keadaan kurang cahaya.

#2 Penuh Estetika Dengan Rekaan Modern!

Menurut, Ketua Pegawai Eksekutif ( CEO) vivo Malaysia Mike Xiu, siri V20 sememangnya sesuai untuk pengguna muda yang suka mengambil gambar dan merakam momen indah.
Untuk V20 SE, ia didatangkan dengan reka bentuk yang sangat ‘ultra sleek’ serta ringan.
Dengan hanya senipis 7.83mm, ia dihasilkan dengan struktur 3D glass, sekali gus menjadikan ia nampak lebih modern dan mudah digenggam.
Untuk bahagian skrin pula, model ini dihiasi dengan skrin FullHD+ jenis AMOLED sebesar 6.44 inci bagi memastikan anda melihat imej dengan jelas, tajam dan lebih realistik.
Bagi pasaran Malaysia, V20 SE hadir dengan dua variasi iaitu Gravity Black dan Oxygen Blue.
Kedua-dua ini dinspirasikan daripada alam semula jadi yang digabungkan dengan elemen fesyen.

#3 Penuh Kuasa, Malah Sesuai Untuk Kaki Gamers!

Rekaan cantik tapi prestasi kurang? Itu bukan masalah buat V20 SE kerana ia menggabungkan kedua-dua aspek ini dalam satu peranti.
Vivo V20 SE dikuasakan dengan Qualcomm Snapdragon 655 yang dipadankan dengan RAM sebesar 8GB untuk prestasi yang hebat tidak kiralah untuk aplikasi harian atau gaming.
Malah, dengan fungsi Multi-Turbo dan Ultra Game Mode, V20 SE sangat sesuai untuk gamers di luar sana.
Peranti ini juga dipadankan dengan bateri besar berkapasiti 4,100mAh dengan vivo 33W FlashCharge untuk pengecasan pantas.
Malah, dengan kehadiran pembantu AI iaitu Jovi, pengguna pastinya akan lebih kekal produktif.

Rugi Kalau Tak Dapatkan Vivo V20 SE!

Vivo V20 SE telah pun dilancarkan di Malaysia pada 24 September lalu dan harganya pasti mengejutkan anda iaitu hanya RM1199.
Tambah menarik, pelanggan boleh menikmati hadiah eksklusif sehingga RM199 bagi setiap pembelian V20 SE sehingga 2 Oktober 2020.
Hari ini pula (25 September), vivo Malaysia akan mengadakan satu sesi interaktif V20 SE live streaming bermula jam 8 malam hingga 9 malam di Facebook rasmi mereka dan anda berpeluang memenangi hadiah V20 SE dan hadiah lain!
Layari laman web vivo di sini untuk maklumat lanjut!
#Vivo #V20SE