Berita

Bas Ekspres Rempuh Belakang Treler, Lima Cedera

gempak
Awani
31/05/2024
01:59 MYT
Sponsor Banner
Bas Ekspres Rempuh Belakang Treler, Lima Cedera
Seramai lima orang cedera apabila sebuah bas ekspres yang membawa 26 penumpang merempuh bahagian belakang sebuah treler di Kilometer (km) 290 Lebuhraya Utara Selatan PLUS, arah selatan awal pagi tadi.
Kemalangan itu menyebabkan pemandu bas tersepit dan empat orang penumpang cedera.
Menurut Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad, kejadian berlaku sekitar jam 5.16 pagi.
Setelah itu, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Simpang Pulai dibantu Gopeng dikejarkan ke lokasi.
"Terdapat seramai 26 orang dalam bas ekspres itu iaitu 11 wanita, 10 lelaki, tiga kanak-kanak perempuan dan seorang bayi lelaki.
"Didapati pemandu bas tersepit dan empat penumpang iaitu dua lelaki dan dua wanita cedera," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.
Sabarodzi berkata, komander operasi membuat size up dan mengarahkan anggota untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit.
Selain itu, rawatan awal kepada mangsa yang cedera turut dilakukan dan dihantar ke hospital.
Jelasnya, mangsa yang tidak cedera dihantar ke destinasi yang dituju menggunakan bas ekspres lain.
Operasi yang diketuai Pegawai Bomba Kanan I, Johari Mohamad itu membabitkan seramai 18 orang anggota dan tamat jam 6.45 pagi.
Sumber - AWANI

Korang dah tengok filem pilihan nombor satu di GSC, The Experts?

Kalau belum, filem tempatan pecah panggung ini masih mendominasi pawagam tanah air. Jom, tonton The Experts di pawagam berhampiran korang hari ini.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024