Laman Utama

Basuh Batu Sungai Buat Letak Makanan, Video Perkelahan Pemuda Ini Raih Pelbagai Reaksi Netizen - “Zaman Sekarang Bakteria Kebal Bro”

gempak
Azwa Rahman
29/09/2021
15:20 MYT
Sponsor Banner
Basuh Batu Sungai Buat Letak Makanan, Video Perkelahan Pemuda Ini Raih Pelbagai Reaksi Netizen - “Zaman Sekarang Bakteria Kebal Bro”
Aktiviti berkelah di air terjun bersama teman-teman sememangnya menjanjikan keseronokan lebih-lebih lagi kalau semuanya ‘satu kepala’.
Semalam tular sebuah video di laman sosial yang melibatkan sekumpulan pemuda bermandi-manda di kawasan air terjun Lata Woh, Lanchang, Pahang.
Namun apa yang menarik perhatian wargamaya adalah mereka meletakkan makanan iaitu mi segera yang dimasak di atas batu sungai dan menikmatinya beramai-ramai.
Menerusi perkongsian video berdurasi kurang 20 saat yang dimuat naik di platform TikTok itu, pemuda-pemuda tersebut terlebih dahulu memberus batu sungai terbabit dan mengeringkannya dengan kain sebelum diletakkan makanan.
Walaupun mereka semua menikmati mi segera dengan gembira, tindakan tersebut mengundang pelbagai reaksi wargamaya.
Ada yang terhibur melihat aksi mereka yang gigih memberus batu sungai semata-mata untuk dijadikan tempat lapik makanan.
Tidak kurang juga ada yang kurang bersetuju dengan cara tersebut yang boleh mendatangkan kemudaratan seperti keracunan makanan serta penyakit kencing tikus.
@izzahskri:Zaman sekarang bakteria kebal bro, gerun pulak kalau basuh pun, boleh bawak penyakit lagi huhu.”
@BudayaMilikBangsa BukanNegara:Boleh je nak makan dalam periuk, tapi bila ada kelainan, benda ni la diorang akan ingat sampai bila-bila even semua nanti dah besar dah kawin dan ada keluarga masing-masing.”
@zanethnasha:Ya Allah napelah tak kongsi je dalam periuk. Lagi nikmat dari letak kat batu susah-susah nak basuh.”
@Jay Bro:Kalau orang bijak akan bawa daun pisang awal-awal. Bukan berat pun daun tu dan boleh buang sebab tak cemar alam sekitar.”
@shoyoFun fun dulu, sakit kemudian. Harap korang sihat je la tapi at least pegi la checkup lepas ni risau kadang.”
@justme:Hahaha i cannot. You guys bawak sabun tapi tak bwk pinggan? Or at least any pelapik? Hahaha.”
@Moon:Lapik la boss. Ingat dah lap dengan kain tah pape bersih keee? Eee kembang tekak.”
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima hampir 500,000 tontonan daripada warga TikTok.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live