Hiburan
Basuh & Cuci Taman Sebab Takut Koronavirus…Lelaki Ini Jadi Bahan Ketawa! Dah Kenapa Pula?
Gara-gara tindakannya membersihkan taman permainan kerana khuatir dengan jangkitan wabak Koronavirus, seorang lelaki telah dipandang serong.
Lebih teruk lagi, ada segelintir pihak menganggap perkara berkenaan hanyalah sia-sia.
Tampil menjelaskan situasi tersebut, Mustaqim Kumar Abdullah Sooria menerusi satu posting di Facebook memberitahu tindakannya itu adalah untuk membantu masyarakat di kediamannya di Bukit Jelutong.
"Pagi tadi ramai orang ketawa dengan saya sebab saya basuh taman permainan kanak kanak di sekitar kawasan bukit jelutong U8.
"Tahukah anda kenapa saya basuh taman permainan kanak kanak? Koronavirus telah menyerang ribuan orang di berbagai negara dan negara kita menelan ratusan korban jiwa.
"Saya bersihkan supaya tidak terkena penyakit infeksi yang sedang merebak ini pada kanak kanak dan anak anak kita," katanya.
Menerusi ruang komen, rata-rata netizen memuji usaha Mustaqim yang mengambil berat terhadap kebersihan taman kanak-kanak.
Kebanyakan mereka menganggap tidak semua akan berfikiran sedemikian.
Lebih teruk lagi apabila ada yang masih memandang rendah terhadap ancaman Koronavirus.
Difahamkan, sehingga kini angka keseluruhan jangkitan koronavirus di Malaysia berjumlah 18 kes.
Must-Watch Video