Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Basuh Kain, Kemas Rumah & Memasak, Pesara Tentera Laut Tak Kisah Diperli Takut Bini - “Detik Indah Dapat Ringankan Beban Isteri”

Gempak
18/06/2024 03:50 MYT
Menyiapkan sarapan, masukkan kain kotor ke dalam mesin basuh, hantar isteri kerja, anak ke sekolah, jemur kain, kemas rumah serta memasak, itulah rutin harian dilakukan seorang bapa sepanjang 15 tahun selepas menamatkan perkhidmatan sebagai tentera laut.

Tak tersinggung


Mohd Azman Mohamed Razali, 49, yang bersara sebagai Laskar Kanan berkata, walaupun ada suara sinis memerli 'takut bini' namun dia tidak tersinggung dengan kata-kata tersebut.

"Bagi saya menjadi suri rumah adalah detik yang indah apabila dapat meringankan beban isteri yang bekerja sebagai jururawat.


“Pada masa yang sama, saya dapat meluangkan masa yang lebih kepada anak-anak," katanya seperti dilapor Sinar Harian.

13 tahun rasa kurang masa bersama keluarga


Menurut Mohd Azman, 13 tahun beliau kurang masa bersama keluarga kerana kekangan tugas berlayar.

Ujarnya, selepas bersara peluang bersama lima anaknya yang kini berusia lapan hingga 24 tahun digunakan sebaik mungkin.

Paling gembira lihat isteri dapat berehat


Tambah beliau, paling menggembirakan apabila melihat isteri dapat pulang ke rumah dan berehat sebaik mungkin selepas penat bekerja di hospital

"Saya juga berpeluang memantau persekolahan anak-anak, selain menjemput dan menghantar mereka.


"Kini saya bangga hasilnya sudah boleh dilihat apabila anak sulung sudah menamatkan pengajian di UiTM (Universiti Teknologi MARA) dalam bidang kejuruteraan kimia, anak kedua berusia 21 tahun berada di England mengikuti kursus perakaunan dan kewangan," katanya

Menurut Mohd Azman, walaupun menjadi suri rumah namun beliau tetap meluangkan masa mencari duit lebih dengan menjadi pemandu e-healing.

Ujarnya, menjadi suri rumah tidak menjadikan seorang suami nampak lemah sebagai ketua keluarga

Bagi saya, peluang ini digunakan sebaik mungkin untuk memastikan isteri dan anak-anak dapat fokus kepada tugasan mereka.

“Saya pula memastikan mereka hidup sempurna tanpa sebarang bebanan," katanya.

Sumber: SINAR HARIAN

#Rumah tangga #Tentera Laut #Pesara #Basuh Kain #Pesara Tentera Laut #Takut Bini
;