Laman Utama
Batal Nikah Sebab Minta Hantaran Mahal, Ayu Ting Ting: "Jangan Aneh Aneh Ya"
Kisah Ayu Ting Ting yang membatalkan pernikahannya minggu lalu masih menjadi topik utama dalam kalangan pengamal media hiburan Indonesia.
Menurut laporan, penyanyi dangdut itu sepatutnya menikah dengan kekasihnya, Adit Jayusman pada pertengahan bulan ini selepas bertunang 14 Febuari mendatang.
Namun, selepas 90 peratus persiapan dibuat, Ayu Ting Ting tiba tiba membatalkan hasrat mengakhir zaman janda dengan kekasihnya yang juga merupakan seorang duda itu.
Sejak dia membatalkan pernikahan pada saat akhir, banyak spekulasi yang bergulir mengenai keputusannya.
Salah satu spekulasi yang tersebar adalah penyanyi lagu Sambalado itu meminta wang hantaran yang terlalu tinggi membuatkan pihak lelaki tidak mampu membayarnya, sekaligus hasrat pernikahan pun terbatal.
Selepas beberapa hari mengelak dari memberi jawapan, janda anak satu itu akhirnya mengalah.
Dengan perasaan yang cukup kesal, Ayu Ting Ting menafikan dakwaan tak berasas tersebut.
"Jangan buat cerita mengarut. Jangan aneh aneh ya!," tegas Ayu Ting Ting seperti dilaporkan Detik.com.
Ayu Ting Ting dengan tegas juga mengatakan: "Semuanya tidak benar. Jangan sampai apa yang tidak perlu saya keluarkan, saya keluarkan."
Dia juga mengatakan, semua pihak patut menghormati apabila dirinya sudah berkongsi berita dirinya dan kekasih tidak jadi berkahwin.
"Saya tak perlu jelaskan semua. Ini adalah peribadi saya. Saya yang ambil keputusan dan itu sahaja. Apa yang sedang diperkatakan (hantaran mahal), tidak benar!," katanya lagi.
Terdahulu, selepas mengumumkan tidak jadi berkahwin dengan pengusaha yang menjadi kekasihnya sejak tahun lalu itu, Ayu Ting Ting dilihat mengubah penampilannya dengan memotong rambut.
Kredit Foto: Detik.com
Must-Watch Video