Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Hiburan

Batal Percutian, Redah 200 Kilometer Pulangkan Dompet Penumpang... Niat Murni Pemandu Ini Buat Ramai Kagum!

Hanafis Haris 10/01/2020 | 06:29 MYT
Seorang pemandu Grab mendapat pujian ramai apabila sanggup 'mengorbankan' percutian bersama keluarganya di Melaka untuk bertemu dan memulangkan dompet kepada penumpang yang berasal dari Singapura.
Pemandu tersebut adalah Sateesh Karuppusamy, 39, yang menetap bersama isteri dan tiga orang anak di Johor Bahru.
Menurut laporan Astro Awani, kisah berkenaan berlaku apabila penumpang tersebut Carney Mak, 31, menyedari dompetnya tercicir ketika menggunakan perkhidmatan kereta sewa Grab Sateesh di Johor Baru pada petang Sabtu lalu.
Menggunakan aplikasi Grab, Mak kemudian berjaya menghubungi Sateesh.
Walaubagaimanapun, ketika diberitahu tentang insiden keciciran dompet itu, Sateesh sudah berada di Melaka untuk bercuti.
Malah, menurut Sateesh, dia juga terasa agak kurang yakin dompet itu masih ada di dalam keretanya kerana ada mengambil beberapa penumpang lain selain dari Mak pada Sabtu malam kejadian.
Namun, hatinya melonjak apabila mendapati dompet Mak masih ada di dalam keretanya setelah memeriksa tempat duduk belakang keretanya.
Difahamkan, wang dan dokumen peribadi Mak masih dalam keadaan kandungan seolah tidak terusik.
Walaupun masih berada di Melaka, Sateesh mengambil keputusan memendekkan percutian bersama keluarga, memandu 200 kilometer pulang ke Johor Baru kerana Mak sudah menunggu untuk dipulangkan dompetnya dengan penuh harapan.
Menurut Sateesh, isterinya mendesak agar dompet itu dipulang semula secepat mungkin dan beliau bersetuju tidak melengah-lengahkan tindakan terbabit walaupun anak anaknya akan sedikit kecewa.
Kisah Sateesh ini telah pun menerima pujian setelah menjadi tular melalui media sosial.
Sumber: Astro Awani
#Viral #Viral #Grab
;