Pereka fesyen Rico Rinaldi menepis stigma masyarakat yang melabelkan batik sebagai fabrik yang ketinggalan zaman.

Jelas Rico, batik mempunyai ciri-ciri estetika yang mencerminkan personaliti Malaysia yang tinggi.

"Bagi saya, batik sekarang dah advance tak macam dulu. Corak, motif dan warna-warna yang digunakan untuk mencanting batik lebih kontemporari, bukan terlalu klasik atau formal.

"Batik sekarang lebih muda dan fresh.

"Saya tak setuju apabila ramai yang cakap batik sudah lapuk sebab penggiat batik sekarang tahu demand batik pun datang daripada pembeli muda juga," katanya kepada Gempak.

Class, class, classy – If you’re looking for a scarf to tell everyone who sees you that, not only have you arrived, but you have arrived with exquisite taste, Lizza Creations will do that every single time. Get this look at www.ricorinaldi.com today ✨

A post shared by Lizza Creations® (@lizzacreations) on

Lizza Creations has mastered it for practically every shade and hue in the rainbow. But what people did not know is that dying a Batik piece is definitely a fascinating craft however very tedious and time consuming particularly hard to get saturated colours hence the ‘’beauty marks’’ that might appear on some of our pieces! ✨

A post shared by Lizza Creations® (@lizzacreations) on


Justeru, mengambil pendekatan mengangkat warisan batik daripada ditelan zaman, Rico Rinaldi berkolaborasi dengan penggiat batik popular Kelantan, Lizza Creations untuk mengeluarkan koleksi tudung bawal dan selendang.

Kolaborasi ini merupakan pertama kali bagi Rico selepas menjuarai pertandingan Piala Seri Endon pada 2009 yang turut mengangkat elemen batik.

"Jalinan kerjasama ini tercetus apabila pemilik Lizza Creations, Sarah, menyatakan hasrat untuk berkolaborasi sejak awal kemunculan Rico dalam industri batik sekitar awal 2009 selepas memenangi Piala Seri Endon ketika itu.

"Ini sekali gus menjadi kolaborasi sulung Rico bersama penggiat batik dan langkah terbaik untuk Rico memberikan semula kepada pembuatan seni halus dalam usaha menghargai dan menjaga keunikan batik," kongsi Rico.

Koleksi tudung bawal dan selendang Lizza Creations X Rico Rinaldi mengangkat bunga orkid sebagai motif utama dalam tiga rekaan berbeza.

Ironi sifat bunga orkid yang mencerminkan keperibadian pemakai yang lemah lembut dan memerlukan ketelitian untuk menjaga, sifat itu dijalinkan dalam ketekunan penghasilan fabrik dan corak batik itu sendiri.

Koleksi Lizza Creations X Rico Rinaldi menyediakan variasi 18 pilihan warna terdiri daripada pastel dan neutral seperti biru lembut, merah jambu dan nude.

"Memandangkan Rico sangat dekat dengan flora dan fauna, jadi Rico memilih bunga orkid sebagai subjek dalam koleksi kali ini.

"Manakala, Lizza Creations tampil dengan rekaan mereka berdasarkan idea dan pemilihan warna daripada Rico," tambahnya.

Koleksi Lizza Creations X Rico Rinaldi ini boleh dibeli menerusi www.ricorinaldi.com atau Physicon Malaysia (Bangi) dan butik Rico Rinaldi di Bangi Sentral atau Plaza Damas.