Laman Utama
"Batu Nisan Macam Tak Nampak Dah" - Diana Amir Risau Tanah Perkuburan Kampung Ditenggelami Air
Selain Kedah, beberapa negeri di utara Semenanjung Malaysia termasuk Perak dan Pulau Pinang terkesan dengan banjir kilat yang melanda sejak kelmarin.
Hal sama merisaukan pelakon dan usahawan Diana Amir akan kesan banjir kilat itu kepada kawasan tanah perkuburan keluarganya di Kampung Masjid Teluk Kumbar, Pulau Pinang yang turut ditenggelami air.
"Sekitar tanah perkuburan arwah Maktok dan Tokwan yang sangat disayangi dan dirindui di Teluk Kumbar Penang. Habis ditenggelami air, batu nisan macam tak nampak dah.
"Allah.. mohon doakan mereka diselamatkan dari azab kubur sehinggalah ke hari penghitungan diselamatkan daripada azab dan kami dapat berjumpa kembali di syurga Allah. Amin," tulisnya menerusi hantaran di Instagram.
Pada masa sama, Diana turut berkongsi keadaan semasa di kampungnya yang berdepan banjir kilat.
Malah katanya kawasan tersebut tidak pernah dilanda banjir besar sebegini hingga ada beberapa kediaman terjejas teruk.
"Rumah-rumah sekitar nampak teruk kena banjir sebab tak pernah banjir macam ni kawasan tu.
"Salam takziah kepada semua keluarga yang ditimpa musibah, di Yan Kedah juga teruk," tambahnya.