Batuk Tak Berhenti, Tekak Macam Nak Terkoyak, Sissy Iman Bimbang Dirinya Dijangkiti COVID-19
Izwan Isa
21/03/2022 03:50 MYT
21/03/2022 03:50 MYT
Kes COVID-19 mencanak-canak naik sejak kebelakangan ini menyebabkan banyak orang sentiasa berjaga-jaga.
Selain mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang disarankan oleh kerajaan, ada antara individu yang sering mengamalkan pemeriksaan COVID-19 secara berkala di rumah, bimbang dijangkiti oleh virus berkenaan tanpa sedar.
Hal ini yang turut dialami oleh penyanyi dan pengacara Sissy Iman. Menerusi kemas kini di Instagram, Sissy berkata, dia berasa sangat bimbang dengan keadaan kesihatannya sejak lebih kurang seminggu lalu.
“Ketika saya berkongsi ciapan ini (gambar), saya mengalami sakit tekak dan batuk berpanjangan. Sudah lima hari, gejala batuk tidak sembuh… terutama pada malam hari dan ia menjadi teruk bila dada jadi sakit akibat batuk yang kuat.
“Jadi semalam saya bercadang untuk buat PCR dan dapat keputusan negatif hari ini. Saya anggap hal ini berlaku kerana tonsillitis sahaja kot. Tetapi saya tidak tahu. Nak bercakap pun sakit, setiap kali batuk juga sakit. Rasa tekak ni macam koyak.
“Saya rasa saya akan bertambah baik hari ini tetapi saya terpaksa batalkan penampilan saya kerana batuk yang tidak berhenti,” kongsinya di Instagram.
Dalam pada itu, Sissy turut berkongsi yang dia juga tidak mendapat tidur yang mencukupi kerana masalah yang dialaminya.
“Tolong doakan guys. Health is wealth. Jika kamu tidak sihat, kamu tidak boleh bekerja. Ingat itu selalu,” tulisnya lagi.
Meninjau ruangan komen, rata-rata pengikut Sissy memberikan kata-kata semangat kepadanya dan menasihatinya untuk berehat dia kembali sihat seperti sediakala.
“Please rest up and get well soon!” ucap Tabby, salah seorang anggota kumpulan M-Pop popular, Dolla.
“Get well real soon love. Yeah tonsilitis sucks. Semoga diberi kekuatan sentiasa Sissy,” komen pengacara Hawa Rizwana pula.