Berita

“Bau Dia Tak Payah Kira Lah!”- Haniff Hamzah Tukar Kerja Jadi Tukang Kutip Sampah

Syafiqah Jalal
15/05/2019
04:53 MYT
Penyampai radio Johara, Haniff Hamzah menyahut cabaran untuk bertukar pekerjaannya hari ini sebagai pengutip sampah bersama Alam Flora.
Menurut Haniff, ini sesuatu yang dilakukan setiap tahun untuk muhasabah diri dan merasai pekerjaan yang sukar yang tidak pernah dilakukan sebelum ini.
“Hari ini, saya tidak berada dalam studio atau keudara dalam konti Era tetapi keluar sebagai pengutip sampah.
“Ini sebenarnya sesuatu yang saya lakukan setiap tahun di mana saya cuba menyahut cabaran untuk melakukan pekerjaan yang sukar supaya mengingatkan diri saya sebenarnya saya ini sangat beruntung,” katanya sebelum memulakan pekerjaan tersebut.
Haniff berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram (IG) miliknya.
Haniff memulakan pekerjaan baharunya itu pada jam 6.30 pagi tadi di Jalan Chow Kit, Kuala Lumpur.
Bercerita mengenai pengalamannya, Hanif memberitahu ia agak memenantkan malah dia bergerak agak perlahan berbanding pengutip sampah yang lain.
“Saya bersama tiga orang pekerja hari ini diberi tugas untuk mengutip sampah di Jalan Chow Kit.
“Mereka baik tetapi kadang-kadang saya kena halau kerana saya buat kerja dengan sangat perlahan. Mereka mahu cepat untuk siapkannya.
“Jadi inilah keadaan saya, sarung tangan pun dah kotor dan bau dia tak payah kiralah.
“Tapi setakat ini saya masih kuat lagi dan mahu menyambungnya hingga selesai,” katanya kepada IG rasmi Era.
Johara hari ini hanya dikendalikan oleh Johan dan Ray.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Nabil Ahmad Mohon Cuti Dengan Bos ERA Guna Billboard Gergasi - "Saya Dah Lama Minta, Tapi Susah Nak Lulus"

gempak
17/07/2024
16:55 MYT
Penyampai radio ERA Nabil Ahmad tampil dengan aksi unik memohon cuti dengan majikannya, Dhen, menggunakan papan layar iklan gergasi di Bukit Bintang.
Hiburan

Cik B Dedah Asal Usul Panggilan, Trauma Dengan Nama Penuh - “Orang Tak Panggil Nama Sebenar Saya Sebab…”

gempak
28/06/2024
05:03 MYT
Anak usahawan popular, Datuk Seri Vida iaitu Cik B bercerita tentang asal usul nama panggilannya menerusi satu temu bual santai dalam segmen 3 Pagi ERA.
Viral

"Sengsara Dia Buat Saya Bahagia!" - Wanita Bangga Rembat Suami Kakak Sendiri, Simpan Dendam Sejak Kecil

gempak
27/06/2024
00:55 MYT
Topik hangat di media sosial pada ketika ini adalah mengenai perkongsian kisah wanita dikenali sebagai Linda yang merampaa kebahagiaan kakak sendiri disebabkan perasaan dendam.
Hiburan

Bella Astillah Menangis Dengar Ucapan Hari Ibu Anak - “Ayden Janji Tak Akan Buat Mommy Sedih”

gempak
10/05/2024
03:35 MYT
Bella Astillah tidak dapat menahan sebak sebaik sahaja mendengar ucapan anak sulungnya, Ayden Adrian sempena hari ibu.
Sukan

Derrick Gan Terima Hadiah Skuter Modenas Selepas Pulang Dari Doha! - "Ini Sangat Istimewa Kerana ..."

gempak
27/01/2024
17:04 MYT
Derrick Gan menerima hadiah skuter Modenas Karisma sejurus tiba di KLIA.