"Bawa Anak Bercuti Ke Luar Negara? Tak Perlu Dengar Nasihat Doktor Segera.." - Mawar Karim

Zulaikha Yusof
Januari 16, 2019 04:42 MYT
Isteri kepada pelakon Fizo Omar, Mawar Abdul Karim berkongsi tips untuk membawa anak kecil bercuti ke luar negara.
Pada mulanya, Mawar mengakui berasa takut untuk membawa anaknya, Maryam pergi bercuti kerana perubahan cuaca.
Menurut Mawar, dia sudah mendapatkan nasihat dan pendapat daripada doktor.
Mawar menasihati kepada ibu bapa lain supaya tidak sesuka hati membuat keputusan sendiri kerana perangai dan ragam setiap anak tidak sama.
"Alhamdulillah so far Maryam such a good girl. Tak banyak ragam. Mula-mula takut jugak sebab tak biasa cuaca macam ni.
"Sebelum datang dh prepare siap-siap ubat especially demam, selsema, batuk.
"Before flight pun Maryam dah dapat advice green light dari doctor dulu.
"Bukan simply-simply decide nk bawa pergi mana-mana pun. So far apa pun para ibu kalau nk bawa anak-anak kita pergi mana pun better tanya advice doctor dulu.
"Rasa tak perlu dengar nasihat doctor segera kot. Lagipun sebagai parents pun kita tahu anak kita ni macam mana kan.
"1 lagi anak-anak ni tak sama ragam, perangai, berbeza kan," tulisnya.
Di samping itu, Mawar juga mengingatkan kepada golongan ibu supaya memakai tudung yang senang untuk dipakai serta ringkas ketika melancong.
"And kepada ibu-ibu jugak pakai la tudung yg senang dan simple sebab al maklum lah tak da masa nak tgk cermin dah bila bawa jalan-jalan kan," tulisnya lagi.
Difahamkan, Fizo dan Mawar kini sedang bercuti bersama di London.
#Fizo Omar #Mawar Karim