Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Bawa Anak Kerjakan Umrah, Hati Irma Hasmie Tenang Dapat Bimbing Ke Jalan Allah; “Ada Cabarannya, Tapi ..."

Shahrin Zulkifle
11/12/2022 10:00 MYT

Pelakon Irma Hasmie berkongsi rasa syukur apabila berpeluang mengerjakan ibadah Umrah bersama dua orang cahaya matanya iaita Redza Syah Irfhan dan Irma Nur Naylie baru-baru.

Kata Irma, 40, meskipun mempunyai sedikit cabaran, namun dia berasa puas apabila dapat membimbimg anaknya untuk mendekati Tuhan.

“Umrah dengan anak-anak ni memanglah berbeza banding pergi bersendirian.

“Betul, ada cabarannya, tapi secara peribadi saya sangat bersyukur dapat bawa Irfhan dan Naylie.

“Saya senang hati, rasa aman dapat bimbing dan dedahkan dia orang untuk lebih dekat pada Allah S.W.T dan mencintai Rasulullah sejak dari usia kecil. Alhamdulillah, pengalaman serta detik-detik kenangan bahagia,” katanya.

Irma berkongsi perkara itu menerusi muat naik terbaharu di Instagram miliknya.

A post shared by IRMA HASMIE IBRAHIM (@irmahasmie)

Dalam masa, Irma turut memberi pesanan kepada ibu bapa di luar sana untuk tidak berasa khuatir sekiranya berhasrat membawa anak anak ke tanah suci Makkah.

Sebaliknya, dia meminta para ibu bapa sentiasa bersikap positif dan bersangka baik pada Tuhan.

“Jadi siapa-siapa yang bercadang nak menunaikan ibadah Umrah dengan anak-anak, tak perlu risau berlebih-lebih, jangan takut, jangan pikir negatif tapi sentiasa sangka baik pada Allah, Bismillhi tawakkaltu 'ala Allah.

“Percaya lah anak-anak belajar banyak perkara daripada trip Umrah, sama macam bila dia orang dapat pengalaman bercuti ke mana-mana kan, cuma ini pengalaman ke tempat Nabi kita, tanah suci,” tambahnya.

Untuk info, Irfhan dan Nyalie merupakan anak daripada hasil perkahwinan Irma bersama pasangan pilihan hatinya iaitu Redza Syah Azmeer pada Jun 2012.

#Irma Hasmie #Umrah #Makkah
;