Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Bawa Anak Tengok Kaabah ‘Real’, Ini Doa Mizz Nina Buat Musa…

Izwan Isa
11/10/2022 01:50 MYT
Selebriti Mizz Nina melahirkan rasa syukur apabila berpeluang menjejakkan kaki ke Kota Mekah bersama anak angkatnya, Musa bagi mengerjakan umrah.

Menerusi perkongsian di Instagram, Mizz Nina mendedahkan yang anaknya itu sering menonton dan mendengar tentang ibadah haji beberapa bulan sebelum tiba di kota suci tersebut.

“Alhamdulillah ya rabb kerana mengizinkan kami berdua untuk berada di sini. Musa banyak menonton dan mendengar tentang ibadah haji sejak beberapa bulan lalu, alhamdulillah, dia dapat melihat perkara yang sebenar (Kaabah),” tulisnya.

Dalam pada itu, Mizz Nina sempat memanjatkan doa buat anaknya yang tersayang.



Menerusi doa berkenaan, Mizz Nina meminta agar Musa membesar sebagai individu yang baik akhlaknya, dan beriman kepada Allah SWT.

“Ya Allah, jadikanlah Musa sebagai caya ummah, yang baik akhlaknya, legasi yang kuat dengan keiman sebagai teras hidup, takwa, kebenaran dan tawakkul.

“Kurniakanlah dia tarbiyyah yang baik dan semoga Al-Quran mengajarnya segala yang dia ingin tahu bagi mengemudi hidupnya di dunia dan di akhirat. Amin,” tulis Mizz Nina lagi.

Terdahulu, Mizz Nina menjadi antara penerima Anugerah Maulidur Rasul SAW Peringkat Kebangsaan 1444H/2022M, di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia (WTC), pada Ahad.

Mizz Nina atau nama sebenarnya Syazrina Azman dipilih menerima anugerah bagi kategori Ikon Aktivis Kemanusiaan berikutan pelbagai sumbangan dan jasanya dalam misi kemanusiaan dijalankan sehingga ke luar negara.

Difahamkan Mizz Nina aktif sebagai aktivis kemanusian sejak 2013 dan sudah melakukan misi bantuan kemanusiaan sehingga ke Palestin pada 2017.

BACA: Mizz Nina Terima Anugerah Ikon Aktivis Kemanusiaan Maulidur Rasul Kebangsaan

Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!
#Mizz Nina #Kaabah #Mekah #Musa