Bekas bintang Akademi Fantasia 4 (AF4), Salima Habibi kini sedang mengerjakan umrah di tanah suci Makkah bersama suami Syed Abd. Kadir Syed Hussin Aljoofre dan anak kecilnya Syarifah Nur Asmaa’ Aljoofre, 1 tahun.

Sebagai ibu yang pertama kali membawa anak kecil bersama ketika umrah, Salima berkongsi tips serta pengalamannya menyediakan keperluan bayinya sebelum berangkat.

Perkongsian ringkas senarai persiapan sebelum membawa ank kecil ke Makkah / Madinah.

“1. Vaksin anak ( rujuk pediatrik)
2. Ubat ubatan bawa dari Malaysia, ubat sini mahal
3. Lampin pakai buang yang mencukupi, jangan beli kat sini mahal. untuk Asmaa Sal bawa dua pack yang ada 72 keping total. .
4. Stroller, carrier.
5. Baby harness ( option)
6. Toiletries ( lotion / moisturiser bawa extra)
7. Pakaian yang mencukupi.
8. Water bottle
9. Selimut baby
10. Sweater ( jika musim sejuk)
11. Lain lain ( nail clipper, cotton bud, hair clip,nasal spray, nasal aspirator, hairband, stockings)

“Untuk hand carry dalam flight, sal lebih senang bawa bagpack /bag galas. Semua luggage kecik dan besar check in kan.

“Dalam bag galas tu ada baju Asmaa' 3 pasang, inhaler Asmaa', lampin pakai buang, wipes, lotion, ubat, dan ada barang sal sekali, ada simple toiletries, jangan sumbat semua ye huhu.. ada berus dan ubat gigi, set travel untuk skincare, pakaian yang perlu tukar, perfume, hp, charger. Bawa mainan / buku juga untuk baby main time dorang dah tak nak tido,” kongsinya.

Salima berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.

Menceritakan pengalamannnya ketika perjalanan ke tanah suci, Salima telah memastikan anaknya selesa dengan menukar lampin dan baju sebelum menaiki penerbangan.

“Perjalanan kami dari KLIA ke Jeddah aritu dalam tempoh 10 jam, sebab transit 40 min di Madinah. So dalam tempoh tu, Sal salin sekali je baju Asmaa', sebab masa pergi airport tu memang baru lepas mandi, jadi dia masuk flight tu memang segar dan wangi, if kene tunggu lama kat airport sebelum fly, salin baju dan lampin sebelum masuk flight. Bagi anak kenyang dulu sebelum masuk flight.

“Sal tak suka travel barang banyak-banyak kat badan, so memang dengan Sal ada satu je bag galas.. dan tak berat pun bag tu wallet tinggal kat Malaysia, bawa atm card, duit, ic n passport je , letak sekali dlm bag galas tu dalam purse kecik. Bila kurang bag kecik banyak-banyak kurang juga risiko tercicir...,” katanya lagi.

Difahamkan Salima berangkat ke tanah suci pada 1 Disember lalu.

Penyanyi itu telah berkahwin sebagai isteri kedua kepada Ustaz Syed Abd. Kadir Syed Hussin Aljoofre pada 30 November 2013.

Hasil perkahwinan, mereka juga mempunyai seorang anak lelaki yang berusia empat tahun.
View this post on Instagram

Perkongsian ringkas senarai persiapan sebelum membawa ank kecil ke Makkah / Madinah. . . 1. Vaksin anak ( rujuk pediatrik) 2. Ubat ubatan bw dr Malaysia, ubat sini mahal . 3. Lampin pakai buang yg mencukupi, jangan beli kt sini mahal. utk asmaa sal bawa dua pack yg ada 72 keping total. . 4. Stroller, carrier. 5. Baby harness ( option) 6. Toiletries ( lotion / moisturiser bw extra) 7. Pakaian yg mencukupi. 8. Water bottle 9. Selimut baby 10. Sweater ( jika musim sejuk) 11. Lain lain ( nail clipper, cotton bud, hair clip,nasal spray, nasal aspirator, hairband, stockings) . . Utk hand carry dlm flight, sal lebih senang bawa bagpack /bag galas. Semua luggage kecik dan besar check in kan. . Dlm bag galas tu ada baju asmaa' 3 pasang, inhaler asmaa', lampin pakai buang, wipes, lotion, ubat, n ada brg sal skli, ada simple toiletries, jgn sumbat semua ye huhu.. ada berus n ubat gigi, set travel utk skincare, pakaian yg perlu tukar, perfume, hp, charger. Bawa mainan / buku juga utk baby main time dorg dh tak nak tdo. . . Perjalanan kami dr KLIA ke Jeddah aritu dlm tempoh 10 jam, sbb transit 40 min di Madinah. So dlm tempoh tu, sal salin sekali je baju asmaa', sbb masa pg airport tu mmg baru pas mandi, jd dia masuk flight tu mmg segar n wangi, if kene tggu lama kt airport sblm fly, salin baju n lampin sblm masuk flight. Bg anak kenyang dlu sblm masuk flight. . . Sal tak suka travel brg bnyk2 kt bdn, so mmg dgn sal ada satu je bag galas.. n tak berat pun bag tu??, wallet tggal kt msia, bw atm card, duit, ic n passport je , ltak skli dlm bag galas tu dlm purse kcik. Bila kurang bag kcik bnyk2 kurang juga risiko tercicir... . Sekian perkongsian pertama, insyaAllah ada masa nt sal kongsi lg, moga bermanfaat??? . Doakan ye esok sal dpt buat umrah, tonsel bengkak dh ni.. moga Allah bg kekuatan ameen...

A post shared by Salima Habibi (@salimahabibi) on