Aktor Norman Hakim mencuri perhatian ramai apabila membawa keluarga besarnya pergi bercuti di sebuah pulau di Terengganu dengan menaiki bas.

Menurut Norman, cadangan untuk menempah bas sebagai pengangkutan sekeluarga ke Terengganu adalah usaha isterinya, Memey Suhaiza dan bekas isteri, Abby Abadi.

Tambah Memey lagi, mereka mahu memberikan pengalaman percutian yang baharu buat anak-anak mereka.

“Cuti-cuti keluarga besar kami. Alhamdulillah plan mama Abby Abadi dan mummy nak bagi anak-anak pengalaman baru bercuti kali ni. Naik bas untuk seisi keluarga kami. Punyalah seronok!

“Bas selesa sangat alhamdulillah. Kami nak ke Terengganu, jalan-jalan pulau. Doakan perjalanan kami selamat,” tulis Memey di satu hantaran yang dimuat naik di laman Instagramnya.

Menerusi perkongsian berdurasi lebih satu minit itu, menunjukkan kedua-dua keluarga sudah bersiap sedia menaiki bas.

Malah, mereka sekeluarga turut mengenakan tema baju kotak-kotak untuk perjalanan menuju ke percutian pulau.

View this post on Instagram

A post shared by Doa Mak Ayah Anak Isteri❤️ (@normanhakim_786)


Sementara itu di ruangan komen, ramai wargamaya turut berkongsi rasa teruja melihat sebuah bas tiba di hadapan rumah mereka untuk memulakan perjalanan.

“Syokkk. Driver kali ni boleh tidur puas-puas santai tengok pemandangan pulak. Enjoy,” komen seorang wargamaya.

“Bas teruss,” kata seorang wargamaya.

“Wah bestnya! Korang memang menjadi je kan kalau bab cuti-cuti ni,” tulis seorang wargamaya.

“Bestnya! Semoga selamat sampai ke destinasi,” ucap seorang wargamaya.

“Aww best! Selesanya nampak bas tu,” ujar seorang wargamaya lagi.

Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima hampir 130,000 tontonan daripada pengikutnya.

Sekadar info, Norman dan Memey mendirikan rumah tangga pada 2011 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Muhammad Darwisz Hakim, 8; Muhammad Dikhriz Hakim, 6; dan Mikayla Delisha Hakim, 3.

Sebelum itu, Norman berkahwin Abby pada 2002 tetapi bercerai pada 2009.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga anak iaitu Mohamed Danish Hakim, 18; Marissa Dania Hakim, 16; dan Danisha Hakim, 13.

Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan mendirikan rumah tangga dengan Jaiezzanny pada 14 Ogos 2015 dan mereka mempunyai tiga orang anak angkat bernama Muhammad Daiyan Fayyad, Maisara Dayana Fathia dan Maira Darda Farisa.