Bintang Big Stage 2020 (BS2020) Farisha Iris gementar untuk membawakan lagu kumpulan K-pop terkenal Blackpink, How You Like That pada konsert kelima BS2020 Ahad ini.

Menurut Farisha, dia takut jika peminat dan wargamaya membandingkan dia dengan pemenang Big Stage musim pertama Sarah Suhairi yang pernah membawakan lagu Ddu-Ddu Ddu-Dhu pada konsert mingguan.

“Takut sebenarnya bila nanti akan kata, dia ni nak jadi macam Sarah Suhairi ke. Atau orang kata saya nak kejar rating macam dia tapi sebenarnya tak.

“Saya akan beri kelainan tapi tidaklah terlalu berubah sangat. Kalau lain sangat nanti tak menjadi, macam persembahan Kau Kekasihku ni,” komen Farisha kepada Gempak.

Farisha ditemui semasa majlis sidang media konsert keempat BS2020 yang diadakan di Putrajaya International Convention Centre (PICC) pada Ahad.

Tambahnya lagi, dia juga risau untuk jika tidak dapat memuaskan hati peminat-peminat Blackpink, Blinkers.

“Sebutan lirik tu memang kena betul. Dari segi persembahan dan koreografi setakat ini saya belum ada perancangan tapi yang pasti saya akan cuba yang terbaik,” jelasnya lagi.

Undi peserta kegemaran secara online menerusi laman rasmi di www.gempak.com/bigstage serta menerusi aplikasi SYOK.

Juara Big Stage 2020 akan membawa pulang wang tunai RM100,000, tempat kedua dan ketiga bakal meraih RM50,000 dan RM25,000.

Bigstage 2020 bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 16 Ogos 2020, jam 9 malam di saluran Astro Ria HD (104) dan Astro Ria (124).

Big Stage 2020 ditaja oleh Adabi dengan kerjasama Kinohimitsu selaku penaja bersama.