Bawa Lagu Datuk Sheila Majid, Suara Lunak Peserta The Voice Berbangsa Cina Ini Buat Juri Ternganga

Mya Amri
Oktober 5, 2017 12:02 MYT
Nampak biasa namun siapa sangka peserta remaja program realiti The Voice edisi Malaysia-Singapura ini sebenarnya mempunyai suara yang sangat merdu.
Membawakan lagu penyanyi terkenal Datuk Sheila Majid berjudul Lagenda, Annabella Chua, 17, berjaya memukau juri sebaik sahaja menyanyikan lagu tersebut.
Juri-juri yang dimaksudkan ialah Bella Ding Dang (China), Hanjin Tan (Singapura) dan Sky Wu (Taiwan).
Annabella juga menyampaikan lagu tersebut bersama wakil juri dari Malaysia, Gary Chaw.
Reaksi ketiga-tiga juri dan juga penonton yang berada di studio sudah cukup membuktikan betapa lunaknya suara gadis berbangsa Cina itu.
Menariknya lagi, Annabella juga sering dijemput untuk membuat persembahan di Istana Diraja Johor.
Berikut merupakan sedutan persembahan Annabella dalam episod ketiga The Voice yang disiarkan baru-baru ini:
Foto: Facebook The Voice
Teks oleh: Mya Amri
#The Voice