Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!

Bawa Macam Bola Ragbi, Netizen Terhibur Lihat Gelagat Ramli MS Dengan Anak - “Steady Tok Ram! Kepit Gitu Je”

Firdaus
11/10/2024 09:00 MYT
Tular video di media sosial memaparkan momen mencuit hati Datuk Ramli MS bersama anak angkatnya Nur Izzara.

Menerusi entri yang dimuat naik di TikTok oleh akaun @alyah.hasan, kelihatan pengarah muzik itu sedang menggendong Izzara di bawah panas terik matahari menuju ke tempat duduk di sebuah gerai makan.

“Bila ayah yang jaga anak,” tulis akaun itu.

undefined

Netizen Terhibur

Hantaran tersebut meraih perhatian netizen di mana rata-ratanya terhibur melihat gelagat Ramli dengan anak perempuannya.

Tidak terhenti di situ, wargamaya turut berpendapat bahawa Ramli kelihatan semakin gembira sejak kehadiran Izzara dalam kehidupannya bersama isteri, Datin Alyah.

#Viral #Anak #Alyah #muzik #Tok Ram #hiburan #Lucu
;