Pertunjukan Silap Mata Tunggal The Sacred Riana Conjuring Live di Kuala Lumpur pada 15 Julai 2023 di gempar sekali lagi apabila The Sacred Riana tampil dengan sebuah pengumuman luar biasa dalam video yang sedang viral di laman sosial media.

Pertunjukan magik yang sangat dinanti-nantikan oleh ramai peminat diberi suntikan semangat apabila The Sacred Riana sendiri menjemput para hadirin untuk membawa objek yang mempunyai nilai sentimental yang berkaitan seseorang yang telah meninggal dunia.

"Objek ini perlulah cukup kecil supaya berada dalam genggaman tangan pemiliknya," katanya.

A post shared by The Sacred Riana (@rianariani)


Bersiap sedialah untuk mendapat satu pengalaman yang amat luar biasa.

Melalui aksi ini, The Sacred Riana akan menaikkan lagi batas beliau sebagai seorang ilusinis bertaraf ‘World Class’.

The Sacred Riana telah mendapat pengiktirafan antarabangsa atas persembahan beliau yang unik dan mengerikkan. Riana juga sering kali diberi pujian atas kebolehan memukau penontonnya dengan kebolehan supernaturalnya.

Kehadiran Riana di pentas dapat memberi banyak ‘nail biting experience’ kepada semua peminatnya dan mempersoalkan hakikat realiti itu sendiri.



Pertunjukkan ini menjanjikan gabungan luar biasa antara misteri, ketegangan dan misteri yang membelit fikiran.

The Sacred Riana Conjuring Live di Kuala Lumpur akan menjadi satu peluang yang tak ada bandingannya bukan sahaja untuk menyaksikan bakatnya yang luar biasa secara langsung malah menjadi sebahagian daripadanya.

Berbeza dengan semua aksinya yang anda lihat di kaca televisyen anda, banyak aksi yang baru dan eksklusif akan dipersembahkan pada hari konsert tersebut

Tiket untuk The Sacred Riana Conjuring Live in Kuala Lumpur dibuka untuk pembelian sekarang. Jangan lengah lagi untuk mendapatkan pengalaman yang tak akan dilupakan ini - dapatkan tiket anda sekarang di www.ticket2u.com.my/tsr.