Bawa Ustazah Ajar Suami & Anak Solat Di Rumah, Ramai Puji Usaha Lana Nordin

Syafiqah Jalal
November 19, 2020 08:09 MYT
Usaha pelakon Lana Nordin dalam membimbing suaminya Mohd Daud McKienzie, 41, dan keluarganya untuk mempelajari agama Islam dipuji warga maya.
Baru-baru ini rakaman video yang dimuat naik ke Instagram Lana, 40, yang menunjukkan suami dan anak sulungnya Gia Quinn McKienzie mengikuti kelas agama yang dikendalikan oleh seorang ustazah mendapat perhatian.
Dalam video tersebut, suami dan anaknya diajar tentang bagaimana hendak mendirikan sembahyang, bermula dengan mengambil wuduk sehingga membetulkan bacaan dalam solat.
Lana memberitahu dia bersyukur dan bangga kerana mempunyai keluarga bahagia.
“Bangga untuk katakan inilah keluarga saya, alhamdulilah,” tulisnya.
Rata-rata memberi komen yang postif dan dalam masa yang sama berdoa agar dia dan keluarga terus istiqamah kearah kebaikan.
“AlhamdulillahI adore how you raise your kids dan bimbing your husband.. Semoga sentiasa dibawah rahmat Allah,” puji salah seorang pengikutnya.
“Alhamdulilah amin semoga Allah memberikan hidayah tanpa henti pada puan sekeluarga Insya-Allah,” komen salah seorang warga maya.
“Terbaik Kak Lana membimbing keluarga. Semoga diberkati,” kata salah seorang netizen.
Suami lana mula memeluk Islam sebelum mendirikan rumah tangga iaitu sejak lima tahun lalu.
Lana dan suami bernikah pada tahun 2015 dan telah dikurniakan sepasang cahaya mata.