Pelakon Aiman Hakim diberi gelaran oppa oleh para peminatnya.

Gelaran itu mula diberikan selepas mengetahui aktor kesayangan mereka membawakan watak sebagai lelaki kacukan Korea, Danial Lee menerusi filem terbaru Kimchi Untuk Awak (KUA).

Aiman atau nama sebenarnya Aiman Hakim Ridza Abdoh, 28, juga telah berkongsi satu video KUA menerusi akaun Instagram (IG)nya beberapa hari lalu.

Video tersebut menunjukkan Aiman sedang memakai kaca mata hitam sambil membetulkan tali lehernya.

Dengan berlatarbelakangkan lagu K-pop berjudul Limitless nyanyian kumpulan NCT127, video Aiman itu telah mencatat jumlah tontonan lebih 33,000.

Manakala ruangan komen juga dipenuhi dengan pujian peminat yang melabelkan Aiman sama kacak seperti pelakon Korea, Lee Min Ho.

Filem Kimchi Untuk Awak terbitan Astro Shaw dan Dark Wave Pictures Sdn. Bhd bakal ditayangkan di pawagam pada 30 Mac ini.

Selain Aiman, KUA turut dibintangi oleh Emma Maembong dan Janna Nick.

Daniel lee #KimchiUntukAwak di pawagam 30 March 2017 ini! #KUA

A post shared by @aimanhakimridza on


Teks oleh: Mya Amri