Acara yang penuh kejutan! Ada menepati ramalan dan tidak kurang juga yang sedikit meleset.

Namun, itulah yang berlaku jika pencalonan Golden Globes 2020 dibintangi oleh calon-calon serba hebat.

Menerusi acara yang berlangsung hari ini, filem 1917, Joaquin Phoenix dan Renée Zellweger antara yang mengungguli anugerah utama.

Filem 1917 diangkat sebagai filem terbaik (drama) manakala Joaquin dan Renée dinobatkan sebagai pelakon lelaki dan wanita terbaik.

Kejayaan Joaquin sekali gus menjadikan dia sebagai pelakon yang membawa watak Joker kedua memenangi anugerah di Golden Globes selepas Heath Ledger (pelakon pembantu terbaik).

Filem arahan Quentin Tarantino iaitu Once Upon a Time in Hollywood juga antara yang menyerlah apabila memenangi tiga anugerah utama termasuk skrip filem terbaik, pelakon pembantu lelaki terbaik (Brad Pitt) dan filem terbaik bagi muzikal dan komedi.

Filem Korea iaitu Parasite juga menepati ramalam apabila membawa pulang anugerah filem terbaik bagi bahasa asing.

BACA: Antara Filem Viral 2019, Parasite Kini Bersiaran di Astro First On Demand! Rugi Ye Kalau Tak Tonton!

Pelakon Awkwafina juga mencatat sejarah tersendiri apabila pelakon wanita asia pertama memenangi aktres terbaik kategori muzikal dan komedi.

Untuk rekod, Marriage Story dibintangi Scarlett Johansson dan Adam Driver mengatasi rekod pencalonan dengan enam kategori Anugerah Golden Globe 2020 diikuti dengan The Irishman, lima kategori.

Ini antara senarai calon dan pemenang dalam Anugerah Golden Globe 2020.

Filem Terbaik - Drama

Aktres Terbaik - Drama

Aktor Terbaik - Drama

Filem Terbaik - Muzikal/Komedi

Aktres Terbaik - Muzikal/Komedi

Pelakon Terbaik - Muzikal/Komedi

Filem Terbaik - Animasi

Filem Terbaik - Bahasa Asing

Aktres Pembantu Terbaik

Aktor Pembantu Terbaik

Pengarah Filem Terbaik

Skrip Filem Terbaik