,
Gaya Hidup

Bawa Watak Joker? Siapa Pelakon Malaysia Paling Layak? Ini Antara Pilihan Netizen!

Hanafis Haris
08/10/2019
12:33 MYT
Joker mungkin antara filem paling ‘panas’ ketika ini apabila dilanda beberapa kontroversi terutamanya membabitkan babak ganas.
Karya terbaru DC Comics itu telah dikelaskan sebagai ‘R-Rated’ oleh Persatuan Wayang Gambar Amerika Syarikat.
Filem ini dikatakan mengandungi unsur ‘dewasa’ dan tidak sesuai ditonton oleh penonton yang berusia 18 tahun ke bawah.
BACA: Filem Joker Dikelaskan Sebagai ‘R-Rated’, Untuk Tontonan 18 Tahun Ke Atas Sahaja Meskipun begitu, apa yang pasti lakonan Joaquin Phoenix sebagai Joker telah mendapat pujian ramai termasuklah pengkritik filem.
Melakonkan watak individu yang sedang bergolak dengan identiti serta mengalami masalah depresi pastinya bukan mudah!
Persoalannya, jika watak ini dilakonkan oleh pelakon Malaysia, siapakah yang paling layak memegang watak Joker?
Menerusi ruang komen di artikel Gempak berkaitan Joker semalam, netizen dilihat turut memberi cadangan dan pendapat tersendiri.
Antara cadangan yang diberi netizen adalah:

#1 Iqram Dinzly

Bukan satu bukan dua, tapi majoriti komen yang ditinggalkan oleh netizen mencadangkan supaya Iqram Dinzly melakonkan watak Joker.
"Mula je filem aku dah terbayang dia. Ada babak Joker joget atas tangga, sama macam Iqram," kata seorang pengguna Facebook (FB).

#2 Azhan Rani

Selain Iqram, netizen turut mencadangkan Azhan Rani.
Mungkin disebabkan lakonan Azhan yang sangat berkesan, khususnya dalam drama bersiri Nur.

#3 Bront Palarae

Selain menjadi pilihan netizen, ini juga merupakan antara pilihan penulis untuk membawakan watak Joker.
Semua sedia maklum dengan lakonan hebat Bront Palarae. Jika Bront membawakan watak Joker, pastinya lebih gempak dan mampu meningalkan kesan lebih mendalam!

#4 Datuk Aznil Haji Nawawi

Watak Profesor Klon dalam filem Cicakman mungkin menjadi faktor mengapa netizen memberi cadangan ini.
Menurut penggguna FB dikenali sebagai Marina, watak Joker sepadan dengan Aznil kerana dia pandai buat-buat licik.

#5 Syazwan Zulkifli

Antara pelakon yang disebut-sebut oleh netizen yang sesuai membawakan watak Joker.
Melihat struktur mukanya juga, mungkin Syazwan antara pelakon yang boleh memegang watak ini.
Antara cadangan lain juga adalah Que Haidar, Amerul Affendi, Zul Huzaimy, Faizal Hussein dan ramai lagi.
Untuk rekod, filem ini diarah oleh Todd Philips dan dibintangi Joaquin Phoenix, Robert De Niro, Zazie Beetz, Frances Conroy dan ramai lagi.
Joker mengisarkan tentang Arthur Fleck ataupun Joker bekerja sebagai seorang badut yang menceriakan orang lain dan bercita-cita menjadi ‘stand-up comedian’ (pelawak pentas).
Malangnya tiada siapa yang mengambil serius tentang dirinya sehinggalah dia menjadi indvidu dikenali sebagai Joker.
BACA: Tonjol Isu Depresi & Penyakit Mental, Filem Joker Berjaya Kutip RM389 Juta Dalam Minggu Pertama!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hollywood

Tom Holand Sah Kembali Jadi Spider-Man: “Saya Tidak Sabar”

gempak
24/10/2024
03:45 MYT
Tom Holand akhirnya mengesahkan akan kembali bermain dalam saga ke empat Marvel yang cukup ikonik dengan dirinya, Spider-Man.
Hiburan

"Saya Sendiri Rasai Pengalaman" - Ella Puji Rawatan Hormon Skyhill Clinic, Tak Mustahil Diiktiraf Malaysia Book Of Records!

gempak
23/10/2024
18:30 MYT
Penyanyi Ella berkongsi pengalamannya menjaga dan melakukan rawatan hormon di Skyhill Clinic sejak beberapa tahun lalu.
Viral

Dibayar RM60, Dibelasah Jika Tolak Melacur! Imigresen Selamatkan 7 Wanita Dari 'Kapten' Bangladesh

gempak
23/10/2024
15:25 MYT
Imigresen menyelamatkan tujuh wanita warga Vietnam yang disyaki dipukul jika enggan melacur, dalam serbuan di sebuah premis kedai dua tingkat di Klang, Isnin lalu.
Viral

Influencer Buka Cerita Peluk Islam - "Bila Tengok Kawan Solat, Ambil Wuduk, Saya Lebih Tertarik"

gempak
23/10/2024
14:02 MYT
"Saya tak pernah menyangka akan memeluk Islam lebih-lebih lagi dalam usia muda tapi bersyukur kerana Allah SWT buka hati untuk terima hidayahNya."
Viral

Buat Hal! Pelancong China Lastik Haiwan Di Zoo, Netizen Panas Hati

gempak
23/10/2024
13:25 MYT
Seorang pelancong China menerima kecaman orang ramai kerana melastik seekor badak air popular dalam kejadian di sebuah zoo di Thailand, lapor akhbar Metro UK baru-baru ini.
BorakSeeni