Bawa Watak Kirana Si ‘Pelakor’, Cabaran Besar Nad Zainal Sebab…
Fiza Kamarudin
08/04/2022 10:30 MYT
08/04/2022 10:30 MYT
Pelakon berbakat besar Nad Zainal mengakui melakonkan watak Kirana menerusi drama Dendam Seorang isteri merupakan cabaran terbesar buat dirinya.
Nad berkata, watak tersebut bertentangan dengan prinsip dirinya yang tidak suka akan wanita yang bersikap seperti Kirana.
Selain itu katanya, dia juga malu untuk melakukan adegan ‘daring’ tetapi harus profesional demi tuntutan kerja.
“Memang mencabar betul berlakon sebagai watak si penyundal, bertentangan dengan saya punya pirinsip sendiri sebab saya tak suka perempuan macam tu.
“Saya juga sebenarnya kurang senang buat scene-scene daring, saya malu…Tetapi kita pelakon so kita kena bekerja secara profesional.
“Saya gembira kerana pelakon-pelakon lain pun sangat-sangat membantu,” katanya kepada Gempak.
Tetapi menurut Nad, watak Kirana dalam drama tersebut bukan antagonistik atau jahat.
“Ada sebab mengapa seorang wanita itu sanggup bertindak sedemikian sehingga sanggup meruntuhkan rumah tangga adik sendiri.
"Setiap orang ada sejarah hidup. Mungkin cara kita dibesarkan atau keadaan sekeliling membuatkan kita menjadi seorang pendendam.
"Bukan bermaksud saya menyokong tindakan Kirana, tetapi secara realitinya, apa yang ditonjolkan wujud dalam kehidupan seharian.
"Kalau masa kecil kehidupan dikelilingi dengan kesengsaraan, sudah tentu diri terbentuk menjadi seorang yang bersifat negatif apabila meningkat dewasa.
Itulah yang terjadi kepada Kirana dan saya tak anggap wataknya jahat atau antagonistik," katanya.
Berbicara lanjut mengenai wataknya dalam drama terbitan Radius One Sdn Bhd itu, Nad berkata, dia 'beruntung' kerana sememangnya mengikuti drama karya asal itu.
“Saya ada tonton sikit klip-klip drama asal dari Korea tapi saya memang big fan drama ni versi Fillipina, jadi saya tahu dah serba sikit gaya dan pembawakan watak Kirana.
"Kalau nak cakap mengenai rujukan watak Kirana, saya sebenarnya melakonkan watak itu mengikut acuan sendiri.
“Cuma saya tak nak over-do, dalam masa yang sama tak mahu juga terkurang tetapi mengikut kesesuaian budaya kita,” katanya.
Dalam pada itu Nad tidak menolak sekiranya selepas ini dihujani tawaran untuk watak antagonis.
“Ya, saya tidak akan menolak sekiranya selepas ini semakin banyak tawaran untuk melakonkan watak antagonis.
“Saya suka mempelbagaikan watak-watak yang saya terima jadi nampak variasi…Tak naklah stick dengan satu-satu watak sahaja sebab saya tak nak distereo-type kan,” kata Nad.
Dendam Seorang Isteri arahan Uchee Fukada dan Nizam Zakaria mula bersiaran sejak 21 Mac setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6 petang menerusi slot Tiara Astro Prima.
Drama itu turut dibintangi pelakon hebat lain seperti Fasha Sandha, Wan Raja, Aidit Noh, Roy Azman, Ziema Din dan Dian P Ramlee.