“Bawak Laju Macam Nak Pegi Perang” - Mila Jirin Kemalangan, Syukur Allah Beri Pelindungan

Azwa Rahman
April 12, 2021 06:04 MYT
Bekas Juara Akademk Fantasia dan usahawan Mila Jirin berdepan momen panik apabila mengalami kemalangan kecil membabitkan dirinya dan suami.
Menerusi laman sosial Instagram, Mila berkongsi beberapa keping foto kenderaannya dengan kesan calar untuk tatapan wargamaya.
“Kena langgar semalam. Si pelanggar bawak laju macam nak pi perang. Nasib baik lah, baik budi pekerti yang melanggar tu. Saya dan suami maafkan dia. Tak sengaja sebab nak cepat untuk makan malam dengan keluarga.
“Alhamdulillah, Allah lindung saya dan keluarga. Buat semua yang memandu, hati-hatilah ya, bahaya bawa laju-laju,” tulis Mila di ruangan kapsyen.
Menerusi perkongsian itu lagi, pintu di bahagian sisi dilihat kemek dan bercalar akibat kesan hentaman oleh kenderaan lain.
Sementar itu di ruangan komen, ramai wargamaya yang memberikan sokongan pada penyanyi itu yang sedang berdepan dugaan.
Malah, ada yang turu memuji kemuliaan hati Mila dan suami apabila berjaya menyelesaikan musibah tersebut dengan cara baik.
Alhamdulillah Mila satu family selamat,” ujar seorang wargamaya.
Subhanallah sungguh mulia hati Mila dan suami kerana memaafkan hamba Allah tu. Moga Allah beli rezeki yang tak dijangka buat Mila,” doa seorang wargamaya.
Sabar banyak-banyak Mila, subhanallah,” komen seorang wargamaya.
Insya-Allah ada rezeki lebih besar Allah nak bagi kak. Kena redha dan dan percaya,” kata seorang wargamaya lagi.
#Mila Jirin #Kemalangan kereta #Selebriti kemalangan