Siri jelajah konsert Percaya Tour penyanyi Asad Motawh telah pun berakhir, namun insiden bintang muda itu terjatuh dari pentas ketika membuat persembahan di Kota Kinabalu, Sabah pada 7 April lalu masih belum dilupakan.

Tampil memberi penjelasan, Asad memberitahu kejadian itu berada di luar kawalannya sendiri.

Menurutnya, jika sebelum ini pengawal keselamatan sempat menyelamatkan dirinya dari sebarang insiden yang tak diingini, kali ini perkara terbabit tidak dapat dielakkan.

I nearly died.... no need to worry, im totally fine! A few bruises wont kill me ? thank you SABAH! #percayatour ❤️

A post shared by AS’AD MOTAWH (@asad.motawh) on

Tambahnya, kejadian itu boleh berlaku kepada mana-mana artis dan tiada istilah dia sengaja berlakon untuk mencari publisiti murahan.

"Nak kata saya berlakon pun tak boleh juga kerana jika bawa artis lain pun, perkara yang sama boleh terjadi. Bawalah Haqiem Rusli ke, Aiman Tino ke, jika perkara terbabit ditakdirkan terjadi, akan tetap terjadi.

"Ia sesuatu yang di luar kawalan saya. Lagipun, peminat di Sabah memberikan sokongan yang sangat padu dan mereka sangat teruja menanti kehadiran saya. Saya sangat gembira dengan sambutan mereka," katanya.

Dalam perkembangan lain, Asad baru sahaja melancarkan single terbarunya yang berjudul Warna.

#warna official music video will be released 9PM MY/SG, 8PM INDO, 3PM ITALY/SWEDEN 7PM INDIA ? #warnatanpahad #asadxhotlinktanpahad #asadious #warnaasadmotawh @hotlinkred @beegoodmusic

A post shared by AS’AD MOTAWH (@asad.motawh) on