Hiburan

“Bawalah Seni Dengan Adab…” – Teguran Lembut Zul Yahya Dipuji Warga Net

Fiza Kamarudin
14/11/2019
08:30 MYT
Selepas tular foto kontroversi dua pelakon baru-baru ini, Zul Yahya turut terpanggil untuk menegur aktor dan aktres tersebut.
Menerusi perkongsian Zul semalam (Rabu), pelakon senior itu telah menegur supaya hak agama tidak diabaikan ketika mencari rezeki.
Zul berkata, satu ketika dahulu dia juga pernah melakukan kesilapan sama, namun sampai bila ia akan berlaku sedangkan hari ini ramai yang berlumba-lumba untuk mendapat kemanisan agama.
“Mencari rezeki jangan diabaikan hak-hak agama.
“Dulu aku pun pernah melalui kesilapan-kesilapan ini tapi sampai bila kita nak lakukannya sedangkan hari ini ramai manusia berlumba-lumba untuk mendapat kebaikan dan kemanisan agama,” katanya.
Pesan Zul lagi, pelakon-pelakon baru yang masih diberi peluang berkarya seharusnya membawa seni bersama adab.
Tambah Zul lagi kepada semua yang terlibat dalam bidang seni hiburan tanah air supaya lebih berhati-hati dalam melakukan sesuatu kerana, sekarang ini aib mudah tersebar.
“Kepada adik-adik yang masih diberi peluang untuk berkarya di medan seni bawalah seni itu dengan adab dan tontonkan kepada mereka bahawa seni itu lebih indah dengan adab. “Seni itu juga boleh menjadi asbab atau isyarat manusia datang kepada agama. Sedarlah kita hari ini semakin ramai manusia yang inginkan seni yang penuh dengan adab dan sunnah.
“Pesanan untuk semua yang terlibat di dalam bidang seni hiburan tanah air baik di depan layar di belakang atau pun pengemar-penggemar, hati-hati kerana hari ini semua perkara aib mudah tersebar.
“Berkasih sayanglah hanya kerana Allah SWT. Tingkatkan Sunnah, Sunnah membawa kejayaan dunia dan akhirat,” katanya.
Dalam pada itu di ruangan komen, rata-rata pengikut memuji teguran lembut dan membina dibuat Zul.
Posting Zul turut disokong beberapa selebriti tanah air yang meninggalkan tanda suka dan komen positif.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Nonny Nadirah Sakan Bikin Kontroversi, Niezam Zaidi Terkejut– “Dia Hamba Allah Yang Baik…”

gempak
20/07/2024
09:55 MYT
Niezam, 31, berkata, dia hanya mampu mendoakan yang terbaik buat wanita terbabit dan menganggap apa yang terjadi adalah hikmah.
Hiburan

Qistina Khaled Enggan Kejar Populariti Guna Kontroversi

gempak
19/07/2024
14:57 MYT
Pendatang baharu, Qistina Khaled makin giat melonjakkan namanya dalam industri seni lakonan.
Viral

Pasangan Suami Isteri Pempengaruh Islamik Direman 4 Hari, Bantu Siasatan Berhubung Salah Guna Kuasa Untuk Dapatkan Suapan

gempak
11/07/2024
05:14 MYT
Pasangan suami isteri yang juga pempengaruh ditahan reman selama empat hari bermula hari ini sehingga 14 Julai berhubung salah guna kuasa untuk mendapatkan suapan di Mahkamah Majistret Putrajaya pada Khamis.
Hiburan

Kongsi Momen Jadi Peserta AF5, Nonny Nadirah Akui Gementar Setiap Kali Buat Persembahan - “Sebelum Berlakon, Saya Menyanyi”

gempak
11/07/2024
04:55 MYT
Pelakon Nonny Nadirah berkongsi momen pertama kali dia menjejakkan kakinya di Kuala Lumpur untuk menyertai program Akademi Fantasia musim kelima.
Viral

Pempengaruh Islamik Terpalit Isu Seleweng Kutipan Derma Mohon Doa Yang Baik - “Alhamdulillah, Saya Dalam Keadaan Sihat”

gempak
11/07/2024
02:58 MYT
Masih menunggu keputusan permohonan reman bagi bantu siasatan atas dakwaan menyeleweng kutipan derma, pempengaruh islamik memberitahu dia kini dalam keadaan sihat sahaja.