Mesti ramai yang akan teruja bila sebut Ultraman dan raksasa. Sebenarnya filem Pacific Rim pun mirip-mirip battle antara superhero pujaan ramai itu.

Kalau yang pernah tengok filem Pacific Rim sebelum ini, Jaeger (robot yang dikawal oleh pergerakan manusia) akan berlawan untuk menumpaskan Kaiju (raksasa yang muncul dari laut).

Jadi, cuba anda bayangkan kalau Kaiju dan Jaeger muncul di Malaysia dan berlawan depan mata.

Kami pasti ini akan berlaku!

1) KLCC confirm kena hentam sebab Kaiju suka serang bangunan ikonik

Selain KLCC dan Menara KL, rasa-rasanya Kaiju akan cuba serang Putrajaya juga. Huru-hara jadinya ni.



2) Timing best untuk selfie

Ramai yang akan keluarkan telefon pintar masing-masing untuk berselfie dengan Kaiju atau Jaeger. Tambah-tambah masa mereka tengah berlawan.

Nak buat Insta Story, FB live dan Facetime, inilah masa paling sesuai. Tempat lain mana ada.



3) Jurutera Malaysia akan dapat gaji tinggi

Sepertimana semua tahu, jurutera Malaysia mempunyai skil dan kemahiran terbaik dunia.

Jadi, tidak mustahil ramai yang akan merekrut jurutera tempatan untuk membina Jaeger paling berteknologi tinggi untuk melawan Kaiju. Masyuk!



4) Kalau kena waktu jerebu, mungkin battle minta tangguh

Macam mana agaknya kalau Kaiju muncul ketika Malaysia tengah dilanda jerebu?

Susah juga nak nampak kalau nak berlawan kan? Apa kata kita minta tangguh sekejap sampai jerebu hilang. Hehe!



5) Negeri Pantai Timur akan jumpa Kaiju lebih awal

Kalau nak dibandingkan Selat Melaka dengan Laut China Selatan, sudah tentulah Kaiju akan muncul dari laut yang lebih dalam.

Jadi, penduduk di negeri Pantai Timur akan nampak Kaiju lebih awal sebelum muncul di bandar-bandar besar lain.

Okey anda boleh nak berangan-angan macam kami atau boleh berangan sendiri kalau Kaiju dan Jaeger muncul di Malaysia. Tapi mesti ramai tak mahu ia jadi realiti.



Jangan lupa ajak ramai-ramai menonton filem PACIFIC RIM: UPRISING yang akan ditayangkan bermula 22 Mac nanti.

Nah! Tengok sendiri trailer dan enjoy.