"Bayangkan Rider Itu Keluarga Anda" - Nasib Penghantar Makanan Ini Ketika Hujan Undang Sebak!

Hanafis Haris
Oktober 3, 2019 11:03 MYT
Perkhidmatan penghantaran makanan di negara ini dilihat semakin mendapat sambutan, terutamanya apabila banyak pilihan menu yang ditawarkan.
Namun, dalam pada ramai pengguna berseronok menggunakan perkhidmatan tersebut, adakalanya kita terlupa terhadap cabaran yang dihadapi, terutamanya membabitkan 'rider' itu sendiri.
Perkara ini dibangkitkan oleh seorang gadis apabila dia memuat naik satu gambar seorang 'rider' yang terpaksa menghantar makanan ketika hujan di Twitter.
"Guys, tolong elak pesan makanan ketika hujan. Kesian semua rider habis basah. Saya tahu itu kerja mereka, namun bayangkan individu itu adalah keluarga anda," katanya.
Sehingga kini posting tersebut telah dikongsi 7,600 kali.
Isu tersebut juga telah menerima reaksi positif daripada warga Twitter apabila ramai bersetuju dengan kenyataan gadis tersebut.
Kebanyakan mereka melahirkan rasa prihatin terhadap komuniti rider ini yang mencari rezeki dengan cara yang halal.
Tidak ketinggalan, terdapat juga pekerja perkhidmatan tersebut yang membalas posting tersebut.
Anda boleh pelbagai reaksi mereka di bawah.

Guys, please try to avoid ordering from foodpanda when it’s raining. Kesian la the riders all soaking wet ? I know it’s their job but imagine if it’s you or your family pic.twitter.com/ij89MtXoB0

— Apple (@darthleen) September 29, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Its okay to order when it’s raining just don’t expect them to deliver it fast and punctual.

— entahapayangmerasuki (@AMIRUSYAHMI) October 1, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Thank you for your kind words, PandaMan approves and salutes you sis pic.twitter.com/5j9EDo8g9y

— ? (@azeemmanoitu) October 1, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Viral #Viral #Makanan #FoodPanda