Hiburan
"Bayangkan Saya Terpaksa Tahan Gumpalan Rambut Bersalut Darah Dalam Mulut!" - Sweet Qismina
Pelakon Sweet Qismina menceritakan pengalamannya menjayakan beberapa babak sukar dalam filem Pusaka.
Menerusi naskhah arahan Razaisyam Rashid itu, Sweet menjayakan watak kembar seiras, Balqis dan Qistina.
"Pengalaman menjayakan adegan seram dalam filem ini memang tak akan dapat saya lupakan.
"Bayangkan, ada satu babak ini membuatkan saya terpaksa menahan gumpalan rambut bersalut darah di dalam mulut.
"Saya terpaksa menahan gumpalan rambut itu biarpun rasa tak selesa. Selepas itu, saya mengeluarkan sedikit demi sedikit gumpalan rambut terbabit ketika penggambaran dimulakan," katanya.
Tambah Sweet lagi, dia mahu lari dari persepsi orang yang sering melihatnya menjayakan watak pelajar sekolah.
"Biarpun saya rasa perkara itu agak meloyakan, saya lakukan semua babak terbabit untuk merealisasikan watak saya dalam filem Pusaka.'
"Saya juga mahu menunjukkan sisi berbeza saya dan mahu keluar dari imej pelajar sekolah yang sering saya bawakan di kaca televisyen.
"Alhamdulillah, ramai yang beri maklumbalas positif dan gembira dengan watak yang saya jayakan," kata Sweet lagi.
Filem Pusaka merupakan karya terbaru terbitan Astro Shaw dengan kerjasama Director's Think Thank dan dipersembahkan oleh produksi Alpha 47.
Mendapat sentuhan pengarah berbakat, Razaisyam Rashid, filem ini membariskan bintang-bintang hebat.
Filem ini menampilkan pelakon hebat seperti seperti Syafiq Kyle, Mimi Lana, Fauziah Datuk Ahmad Daud, Faizal Hussein, Sweet Qismina, Hafidz Roshdi, Aleza Shadan, Yuna Rahim dan ramai lagi.
Jangan lupa saksikan filem Pusaka di pawagam bermula 31 Oktober ini!
Untuk lebih informasi mengenai filem Pusaka, layari laman Facebook, YouTube, Twitter dan Instagram Astro Shaw.
Must-Watch Video